Thursday, February 27, 2014

Puisi Sangka Sangka


Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangka baik
Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk
Hakikatnya...
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya
Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka!

Baik

Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Baik,
Apa definisi yang baik terhadap pandangan seseorang? Adakah nilai baik dilihat menerusi penampilan seseorang atau nilai kebaikan seseorang itu dilihat menerusi tutur bicaranya?

Ada orang kelihatan baik penampilannya, namun saat dia mula berbicara perkataan yang buruk akan terpancul keluar dari bibirnya. Ada juga orang yang bila dia berbicara baik tutur katanya tetapi dalam hatinya penuh hasad dengki pada orang.

Bila orang berkata dan memuji
"Awak ni baik lah. Nanti awak akan dapat jodoh yang baik."

Aku hanya mampu tersenyum. Saat ni hati ni seakan merintih, jika mereka mengetahui tentang perihal diri ini pasti mereka tidak akan mahu mendekatiku. Dosa diriku hanya aku dan Allah yang tahu. Allah menutup aib diriku pada pandangan mata manusia, Namun saat hari pengakhiran itu tiba, hati ini amat berharap moga aib itu akan ditutup..

Allahhu..

Jangan engkau memandang diriku,
Jangan engkau menilai diriku,
kerana aku bukanlah seorang insan yang baik,
Baik itu..
Hanya Allah yang mengetahui.

Nilai baik seseorang hanya Allah sahaja yang tahu. Allah mengetahui segala yang berlaku, baik buruk diri ini Allah sahaja yang mengetahui. Jika suatu saat Allah mengkehendak aib diri ini dibuka maka tiadalah istilah baik pada pandangan manusia.

Jika hendak dikejar pandangan manusia, pasti dirimu akan selamanya hidup dalam kepuraan. Namun, jika dirimu ingin mengejar nilai berharga dirimu di mata Allah pasti diri ini akan beroleh pandangan.

kejar pandangan baik di mata Allah..