Thursday, February 24, 2011

Alhamdulliah.:)

Alhamdulliah, syukur sgt!

Sebenarnya sudah 3 hari result stpm aku keluar. cume tiada masa je nak coretkan di blog ini. Alhamdulliah, aku bersyukur sgt, result aku okey, lepas jugak pointer 3.0 dan aku lulus penuh.

Sebelum pergi ambik result, Hati ini. Ya, allah engkau sahajalah yang tahu betapa hati ini gementar. Betapa aku memikirkan jika bagaimana result aku teruk, macam2 lagi perkara bermain di fikiran aku. Nervous, segalanya berlegar dalam mindaku. Sebelum pergi sekolah, sempat jugak call piqah,sesi luahan hati dan nanges-nanges kejap dengan piqah sebab takut nak ambik result.

Disebabkan terlalu nervous nak ambik result, akhirnya lambat dtg skola nak ambik result, dalam pukul 1.30 baru terhegeh-hegeh nak datang skolah. Dalam kereta, dahla ambik masa sesi sendu-sendan dengan umi sebab takut result teruk, lama jugak. Umi kata apa2 keputusan terima dengan hati terbuka. Tawakal kpd ALLAH. Umi sempat pesan kat aku bahwa yakin dengan ALLAH, Dia maha adil lagi kasih pada umatnya. Lepas berbual dengan umi hati aku jadi tenang balik. Begitulah penangan seorang ibu.

Dalam hati aku niatkan:

" Ya, allah berilah kejayaan kepadaku setimpal dengan usahaku. Sesungguhnya, biarlah kejayaan ini mampu membahagiakan umiku. Aku hanya ini membuat umiku bahagia dengan kejayaanku"



Aku melangkah masuk ke sekolah dengan niat semoga keputusan yang aku dapat pada hari ini akan mampu membahagiakan umiku. sampai saja aku ke sekolah aku lihat fara, fatin, pnutz dan rakanku yang lain melambaikan tangan kepadaku. Mereka semua suruh aku ambik result cepat2. Dalam hati perasaan cuak, takut segalanya ada. Aku sempat tanya fara, berapa keputusan stpm dia. Fara kata dia dapat 2A. Aku ucap tahniah kpd fara, dalam hati bergolak dengan perasaan gementar. Fara dapat 2A, bagaimana dengan Aku?



Sejak kecil, aku bukanlah seorang pelajar yang pandai apatah lagi seorang pelajar yang sering excellent dalam pelajaran. Mungkin aku boleh dikategorikan sebagai pelajar yang sederhana. Keputusan peperiksaan aku sering suam-suam kuku. Aku tidak pernah dapat keputusan segah . Namun, aku percaya jika ada usaha, pasti datang kejayaan. Namun perlu diiringi dengan Doa dan Tawakal. Keputusan exam aku sejak dari UPSR, PMR dan SPM hanyalah keputusan atas pagar.
Jika, hendak dibandingkan keputusan exam aku dengan adik-beradikku, jauh perbezaannya. Aku, kadang-kala sudah lali dengan perbandingan orang tentang diriku.



Dan, pada 21 Feb ini aku benar-benar bersyukur. Walaupun, result aku tidaklah cemerlang, masih ditahap baik. Namun, keputusan STPM ini mampu melayakkan aku mendapat tempat di universiti. Alhamdulliah. :)



Pengajian Am: B+
Sejarah: B
Kesusasteraan Melayu :B
Bahasa Melayu :B-

Pointer CGPA: 3.00



Ramai ucap Tahniah padaku. Rasa bangga sekejap. Alhamdulliah, Allah kurniakan pengalaman dapat kejayaan ini kepadaku. Sekurang-kurangnya aku merasa juga pengalaman dapat keputusan baik dalam peperiksaan besar begini.


Terima kasih sgt2 kepada korang, rakan study aku! Insyallah, ada peluang kita jumpa di universiti.Congrats, sgt2 kepada kawan2 aku. Gembira tengok korang dapat result yang hebat. Kpd BFFku, Congrats! kejayaan 3A 1B itu memang berhak awak miliki.! Tahniah kepada kawan2 yang terhebat!

Fatin: 2B 2C
Pntuz: 2A 1B 1C
Famira: 2A 2B
Hidayah : 2A 2C
Syaqinah: 1A 2B 1C
Arifah: 1B 3C
Jasmin: 1A 2B 1C
Syafiqah : 3A 1B


Awak semua Terhebat! Insyallah, kita jumpa di universiti!



p/s: Dulu, berangan nak masuk UKM. Harapnya, angan-angan ini mampu dikabulkan menjadi kenyataan. :)



Friday, February 18, 2011

bila fikir mahu saja.....

serius, bila fikir pasal result. aku jadi cuak dan mahu menangis bila fikir. padahal belum tentu lagi result aku dapat berapa?

arghhh,pesal pemeriksa ney awal sangat tanda kertas stpm!

malas, takde mood mahu celoteh banyak2.

Monday, February 7, 2011

jahatnya aku.:(


maaf aku salah sangka pada kau. Aku judged ko tanpa aku tahu masalah sebenar kau. Maaf banyak-banyak. Aku ikutkan perasaan bila marah kau about perkara tue. Walaupun aku baru je kenal dengan kau. Aku tahukau lelaki yang baik, dari cara kau bercakap, tutur kata dan segalanya aku tahu kau baik orangnya . cuma salah aku judged ko terlampau cepat tanpa beri kau peluang nak jelaskan alasan.


Bila aku dah tahu hal sebenar. Serious, aku tampar mulut aku ney! Banyak sangat cakap. Tak periksa dulu. Lepas tue aku nak judged ko. Hisshhh, Memang aku rasa bersalah sangat.






Aku, minta maaf pada kau kalau selama kita berkawan ney. Aku ada gurau kasar dengan kau or ada terkasar bahasa dengan kau. Maaf sangat2!!!








Walaupun kita baru je kenal. Aku doakan sangat semoga kau berjaya dalam hidup. Dunt give up okey! Aku akan jadi kawan ko walaupun kau semakin jauh dalam hidup aku


Thursday, February 3, 2011

contest si manis berbaju kurung


okey, tadi macam biasa godek blog orang and terjumpa pulak contest si manis berbaju kurung.
aku jarang nak masuk contest2 ney. Tapi, contest ney cm menarik minat aku je.
Sebab biasalah diri ney dah terperasan manis sangat. HAHAHA


Baju kurung ney biasa-biasa je.hehehe. Takla vouge sngat. Tapi, nampak manis kan cik azaliah? hehehehe..

kawan yang aku nak tag:

shaqinah
kak ngah
amira!

Menikmati off day aku.


semalam aku off day keje,memanglah cantik hari aku off keje betul-betul cuti raya cina! Yeah, aku suke! Aku betul-betul hargai off day semalam dengan menikmati tido aku. lambat gler bangun dalam pukul 11 baru bangun tido. memang rezeki dah larri dah bila tengok anak dara lambat bangun. Umi paling marah bila aku lambat bangun. Kalau mak mertua tahu for sure awal-awal reject aku jadi menantu. Haha. Ehem.. "Mak, En. Peguam baik kan?" Hahaha.


kisah kelmarin, aku gaduh dengan maddam. Maddam marah aku sebab salah tulis delivery! Ahh, geram gler aku! aku rasa perkara tue kecik je. tak delah anyting big sangat pon. boleh pe mintak outlet lain punya cake. Addushhh, daripada aku okey dengan maddam. Aku jadi menyampah tahap darah tinggi pulak lepas ney bila jumpa maddam! Tolonglaa, kak ruby yang dah ada pengalaman 4 tahun kerja dengan SC takdelah nak bising cm maddam. Maddam pulak yang marah melampau-lampau. Geram okey!

Demi nak lupakan kisah kelmarin kena marah dengan maddam, Aku nikmati off day aku sepenuhnya. Semalam, around 10pm lepas mak ngah datang rumah ambik tok mak. Punyalah lapar perut ney. Padahal baru je makan malam, Adik and Tihie punya gatal ajak pegi jalan-jalan kat taipan, senawang. Katanya " Tengok lampu!?". Ha,okey fine. aku mengikut je. no probs bab jalan-jalan ney.

Dah,penat pusing2 sekitar taipan. Gatal stereng drive-thru kat MCD. Kami memesan Prosperity-meal 2 set. Ramai gler kereta drive-thru,berderet-deret. Tapi, drive-thru kan takla lama sangat. around 10 minuts dah dapat.


Sempatla jugak snap2 pic tengah boring-boring menunggu. Membawak 3 orang budak tue punyalah satu hal. Nasib baik tak banyak kerenah. Fahmi pon demam so, dye tak banyak cakap macam selalu. kesian, adik aku sorang tue.

Sampai kat rumah around 11 pm. balik-balik je tengok umi dan abah dah tido. Dah tue, sume menghadap Tv. Semalam CNY. so, bagi peminat cter chinese cm aku,mulalah melayan sampai larut malam. Semalam tengok cter RobB hood,aku dah tengok cter ney. Bila tengok lagi sekali cm touching lagi sekali. Aduhh, kesian tyme part dye nak selamatkan baby tue.

serius,baby tue comel gler!! bak kata Tasnim dalam movie Ngangkung " Comel Gler!! Dahlah comel gler pulak tue"![ubah sket]

Aduhhh,nak dapat baby cm tue nanti boleh?HAHAHA.





Hari ni kerja. Aduhhh, malasnya nak kerja. Tetiba rasa belajar lagi best dari kerja.
Ye, Tat's rite! Belajar lagi best!

:)


oh ya, aku suke lagu ney!
Okey, Akim. Now, Jom kita couple!

HAHAHA.

:D






Tuesday, February 1, 2011

review movie: 21

review movie: 21
soalan: dalam usia mencecah 21 tahun. apa yang anda dah lakukan dalam hidup ney? making money? universiti?

film ney gler gempak. actually film ney dah lama dah kuar tahun 2008. Tapi, al maklum masa tue aku tgh ambk spm . so, kene tinggalkan minat ketagih aku pada movie. Act, movie ney dah lama ada dalam laptop angah. cume aku belum sempat lagi nak tengok. so, atas suggest angah aku pon tengok this movie. First imprest cm best gler je. So, bila Jim sturgess berlakon mulalah melekat. menatap mukanya yang cantik sungguh tue. Tue belum lagi Ashton Kutcher lagiii!!!!
naik minang aku! Okey,sudah-sudah miang!

Haha:P

"we're not gambling, we counting cards"
Yang menarik, about movie ney cm bagaimana kita gunakan otak kita yang bijak tue untuk making money dengan cara mudah. so, bagi orang kafir it's gambling! Perhatian orang islam HARAM ye! guna KTM pon haram okey! So, mamat ben campbell [jim] ney seorang yang genius gler. dye pakar math, dalam usia 16 dah masuk harvad medical school. kira macam student yang gler smart sudy lah. one day, prof Micky, ajak dye join club yang sume budak pro dalam gambling ney. sebab prof tue begitu impress tgk dye dalam class math. Ben dapat selesaikan method math dengan baik.

Start,dari situ dye mula join club ney and on weekends mereka sume pegi Vegas. Tempat biasa casinolah baii. hari demi hari dye dapat kumpulkan banyak duit. the best part dlm cter ney cmne dye gunakan otak untuk memorise cards and work as a team untuk bantu rakan dapat duit. dah dapat banyak shoppinglah!

Aku sebagai umat islam sejati. Tak tahu sangat about cards ney. selalu gak tengok kawan2 main cards ney, Kings, dah bebagai. After tgk movie ney, cm gler betol life omputieh ney!
Making money just like printing money! Dapat duit, ikut luck!

senanglah hidup kalau gambling je. HAHA:p

But, for umat islam judi itu haram. Main KTM pon haram.

Actually, other meaning dalam movie ney bagaimana kita boleh gunakan kepandaian kita untuk lakukan sesuatu yang akan beri kelebihan buat kita. Bila, kita ada masalah jangan rungsing2 nak fikir2 just lakukan ikut gerak hati dan jangan diam diri. do it something!

:)
selamat beramah!!
[nada Dr. Easy]

saya seganlah awak!

diri aku ney sememangnya pemalu orangnya.[perasan nak gler]. Saya pemalu orangnya awak. kadang2 bende simple and kecik je boleh buat saya malu. Along kata saya malu tak bertempat. Adik kata saya malu sebab ingat diri tue lawa sangat! Nak bajet pemalu. katanya.

Tapi, awak kata saya kelakar bila saya jadi pemalu. Alamak! Tetibe blushing laa pulak. :]
Tetibe awak tanya url blog saya. Saya terkejut dengan soalan awak. sebab saya tak tahu pulak kalau saya penah beritahu about blog saya kat awak.

Kalau sebolehnya, saya tak nak beritahu url blog saya kat awak. Dahlah blog saya ney banyak yang saya tulis about diri awak. dan coretan hidup saya.

Kalau awak tahu blog saya malulaa saya...!!!

okey. Now,kau gedik dan malu tak bertempat nabielah!!

damn!off,:)