Saturday, October 27, 2012

its been a long time....

Yeah, sudah sekian lama tak update blog. sejak aku sampai sabah until sekarang baru ada masa nak update blog. aku hanya akan update bila aku terasa nak update. no due date! just follow the feelings.

Alhamdulliah, banyak perkara baik terjadi padaku. yang buruk akan ku anggap ianya juga baik, kerana ia banyak memberi aku hikmah yang memberi pengajaran pada diriku.

pertama, aku telah memegang portfolio baru dalam JAKMAS iaitu Exco Kebudayaan dan kesenian.alhamdulliah, banyak yang aku pelajari dalam perjalanan perjuangan ini. namun, sememangnya banyak menguji diriku dari aspek pengurusan masa dan sebagainya.


Monday, August 13, 2012

setaman :)

Assalamualaikum..

"Setaman"

bagi entri kali ini aku ingin berkata tentang kawan setaman. :) kawan setaman yang aku maksudkan ialah kawan satu kawasan perumahan. Aku yakin dan pasti , ramai di antara kita mempunyai kenalan atau rakan setaman. Sejak aku kecil, aku dibesarkan dalam kawasan perumahan. Kawasan perumahan aku agak sunyi sikit, mungkin kerna kebanyakan penduduk kawasan perumahan aku merupakan golongan yang bekerja. Situasi seperti macik macik berkumpul ketika waktu petang jarang dilihat. Suasana akan meriah dengan penduduk hanyalah apabila anak anak bermain main di kawasan perumahan, budak budak menunggang basikal pada waktu petang dan bermain bola di hadapan rumah. :) 

kalau nak dilihat, pada arus permodenan dunia masa kini. budak zaman sekarang lebih mencabar berbanding   zaman aku dulu, dengan kecanggihan teknologi, ipad..psp,iphone bagai ! budak budak ni dilihat suka menghabiskan waktu bermain dengan benda alah ni semua berbanding keluar bermain dengan rakan rakan.Waktu aku kecik kecik dulu, main basikal depan rumah, main teng teng, main getah, main baling selipar.. macam macam lah ! janji bila petang aku dan adik beradikku akan keluar rumah bermain main di halaman rumah :) tapi, bila dah besar ni memang tak lah nak terkinja kinja kat depan rumah. hehhe..

dulu, waktu aku kecik aku memang lasak ! ape bende yang aku tak penah buat ! berlari sampai jatuh luka, mengendeng kat rumah jiran sampai ummi cari aku pun tak jumpe, sorok sorok kuar rumah sebab nak pegi main kat taman, naik basikal dengan kawan sampai kat taman sebelah ! adoi, macam macam lah..kalau diingat balik memang gelak sorang sorang teringat zaman marin aku! hahaha.

Adik beradik aku yang lain tidaklah lasak seperti aku. aku je yang belagak seperti budak yang gagah waktu kecik. hehehe. Tapi, bila dah besar ni kalau jumpe budak taman aku, aku macam jadi segan pulak ! yelahh, mane tak nyer masing masing dah besar, dah tak bertegur macam masa kecik kecik dulu. hehehe.




Tapi, bila dah besar ni aku rindu zaman kanak kanak aku. kalau aku ada anak nanti, aku mahu anak aku merasa zaman kanak kanak nya dengan segembira nya ! sebab zaman kanak kanak merupakan zaman yang paling ceria ! bercakap tentang zaman kanak kanak dengan rakan setaman ni, Aku mempunyai rakan setaman yang cukup rapat dan baik denganku iaitu Nadzierah dan Hairee! Yeah, mereka kawan setaman yang cukup awesome ! disebabkan kitaorang satu sekolah rendah dan sekolah menengah bersama, jadi hubungan kawan setaman tue memang baik.

 Dulu, masa aku sekolah selalu jugak balik sekolah jalan kaki dengan hairee and nad. Kat sekolah, mungkin kitaorang tak lah rapat sangat ! sebab kitaorang tak  satu class. cuma waktu aku form 4 aku sempat sekelas dengan hairee sekejap. kadang, ramai yang tak tahu kitaorang satu taman. kat sekolah jarang jugak bertegur. Tapi, bila kat kawasan perumahan lain pulak jadinya. hehehe. 

waktu tamat form 5 aku tidak ditawarkan ke mana mana ipta, jadi form 6 menjadi pilihan aku untuk menyambung pelajaran. Hairee pulak sambung study di uitm terengganu, dan nad di kptm bangi. jadi, sejak dari tue peluang untuk berjumpa dan bercerita agak kurang bagi kitaorang. kalau cuti pun, dapat cuti tak sama. 

so, kali ni disebabkan dah lama tak berjumpa. Hairee ajak aku dan nad berbuka puasa kat rumah dia. bila dah lama tak berjumpa, Ha! ambek kau lepak kat rumah dia sampai pukul 10 mlm! hahaha. ibu hairee memang sporting. :) dah tolong tolong ibu hairee kat dapur,dan mempamerkan bakat di dapur kteorang berbuka puasa  bersama family hairee.

bercerita dan wat kedai kopi kat rumah hairee. Macam macam lah cerita keluar. dari zaman kteorang sekolah rendah sampailah zaman sekolah menengah. Hairee, duk ingatkan aku tentang beberapa peristiwa zaman kteorang kecik kecik dulu. Tapi, aku tak tahu kenapa peristiwa tue macam let go...aku dah hilang ingatan ke ape? langsung tak ingat. Hairee kata dulu masa kecik kecik aku penah marah marah hairee depan semua orang! Okey, itu aku ke?? Hahahaha.

serius ! aku tak ingat lah dodol!



aku cuba membayangkan kalau aku, nad, dan kau dah berkeluarga nanti. Anak kau kene kawan dengan anak aku jugak ek?hahaha. Tapi, for sure aku taknak anak aku nakal macam kau la kawan!



macam macam cerita yang keluar. dari cerita diorang kata aku ni garang sangat ! aku pulak tak tahu manelah datang daya ingatan aku nea! dah kene sindrom ke ape. aku langsung tak ingat cerita cerita hairee waktu aku sekolah rendah dulu, Kalo nak diikutkan aku kenal hairee dulu berbanding nad. banyak cerita sekolah rendah aku yang hairee tahu! ha, kau jangan nak bocorkan cerita sekolah rendah aku pulak! Hahaha.

kawan yang kenal kita sejak dari zaman kita kecik merupakan kawan yang paling faham tentang siapa kita. bukan kawan yang baru sebulan kenal dah pandai pandai nak judged kita macam macam, umpama dialah yang paling sempurna. huhuhuhu.. bila jumpa kawan masa kecik kecik nea, tetiba aku rasa macam "Oh! dah besar dah kau ni nabilah " memang umur aku dah meningkat dah pun. bila bila masa Allah boleh ambik nyawa aku kan. :) as a muslim, lets be a better person ! :) Insyallah. 

kawan lagi penting, dari special boyfie anda anda sekalian. Terima kasih :)


Sunday, August 12, 2012

Sue soe ja, i love u.

Dear sue soe ja,


This is sue soe ja, my bff :)

aku baru perasan. selama aku berkawan baik dengan suraya kamaruzaman nea. Aku sebenarnya tak penah pun satu class dengan dia selama aku bersekolah rendah dan menengah dengan dia. Nak kata si bambam ni setaman dengan aku? Tidak pun ! taman sebelah je adelah. Haha.

Tapi, inilah yang dikatakan teman. Teman :) Aku dijodohkan dan ditakdirkan untuk rapat dengan sue dan memiliki hubungan persahabatan yang baik dengannya. Ameen. :) 

One of the reason, kenapa aku dengan sue boleh get along together mybe sebab kteorang nea sekepala! Memang sekepala pon. Keje sue nea, macam aku! Golak jo memanjang, sampai den pon ponat nak melayan dio nea ha! aku start rapat dia dia masa aku form 3. Aku dulu rapat sangat dengan syafa. banyaklah yang kteorang sok sek together. kongsi gler music same same. Dulu, masa zaman pengaruh MCR aku, syafa and sue yang paling syok dengar metal music! dengan sue yang gler kan Billie green day. Syafa lagi lah ! HAHA. gelak pulak bila aku ingat zaman marin marin aku dulu. hahaha ! aku ingat lagi, sue dengan syafa siap ada lyric book lagi. dah macam year book aku tengok ! bila banyak gambar metal band kat buku tue. 

Kisah aku dengan syafa memang aku paling rindu. :) Rindu sangat. camne aku berkenal kenal dengan redzuan. Kisah kau, aku dan redzuan.  Syafa, still now aku masih lagi simpan surat surat kau. Surat yang kau bagi kat aku masa kau nak pindah teknik dulu. Surat luahan hati kau kat someone nea. Surat cmne kita mula start rapat. Surat tentang hidup kau kat teknik dulu. Aku still simpan semua surat tue lagi babe! Betapa aku rindu kat moment moment kita dulu :'( Tapi, entah kenapa, kau cm jauh jauh je dari aku dengan sue. aku tahu, kadang disebabkan jarak, kita cm dah kurang contac. Tapi, aku tahu kau okey kat serdang tue. :) dan aku akan terus doakan kau sentiasa baik baik. sentiasa teman...

But, now aku dengan sue yang still gler gler together. Time aku form 5 aku dan sue librarian sekolah, so banyaklah cerita yang aku gelak gelak, nanges nanges sama dengan dia :) kalau sue balik dari bangi dan aku ada di seremban. Sue, mesti akan datang lepak rumah aku. thanks darling jadi teman i. :) Gila gila aku dengan sue nea, kalau bermesej orang boleh salah anggap. kteorang nea lesbian ke ape ha ! hahhaha.

aku sayang kau sue. :) 
nanti aku kawen! wajib kau jadi pengapit aku.  Tahu?

kadang betullah kata orang, dalam bersahabat tak perlu nak cari someone yang 24hours selalu dengan kita. cukup sekadar seorang sahabat tue mampu untuk menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Tegur jika kita buat silap. dan paling penting selalu mendoakan kesejahteraan hidup kita. :) Kawan yang baik, bila kita memandangnya tenang hati kita. Jujur dan menjaga aib kita dengan baik. 

ikhlas dari temanmu,
sayang kau!




“Friendship is born at that moment when one person says to another: "What! You too? I thought I was the only one.” 
-C.S Lewis.






salam sayang : na bie la <3 ja="ja" p="p" soe="soe" sue="sue">




Sunday, August 5, 2012

sebagai muslimah saya sayangkan awak.

Baju untuk raya emak abah dah belikan. Dan hasilnya, dua helai baju kurung bersaiz 42. Kalau ikutkan si penjual, " Awak tinggi, kurus, kenapa nak ambil yang besar? Yang saiz 38 ni cantik dik". Senyum.
Mak cakap, yang besar sikit lagi elok. Dan bagi saya, yang besar itu lebih selesa, lebih selamat. Tahun lepas, baju-baju raya adalah kebaya-kebaya si merah mak ngah. Tapi tahun ini, kebaya-kebaya itu jadi simpanan. Sudah tidak cantik di mata sendiri. Dan tidak padan si kebaya dan si bidang 60 kan?
Ya, dulu yang ketat-ketat itu jadi pilihan saya. Tapi Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati saya untuk jatuh hati pada yang besar-besar saiznya sekarang.
Perasaan yang berbeza
Kalau dulu, saya rasa cantik (kononnya) dengan berkebaya, tambah lagi dengan ketinggian dan saiz badan yang Allah beri. Ketinggian yang diinginkan perempuan-perempuan Malaysia, ketinggian seorang model walaupun dari aspek lain, saya tidak layak langsung jadi model. Dan saiz badan yang melengkapi pakej tinggi. Tapi lama-kelamaan, saya seakan ianya tidak lagi selesa. Terasa seperti tidak memakai apa-apa walaupun zahirnya ada pakaian yang tersarung. Sungguh! Ini bukan cliché pembalut gula-gula mahupun nangka. Sungguh saya rasa tidak selesa bila mata-mata tertancap pada tubuh saya. Saya sangat benci diusik-usik, disiul-siul seolah-olah terlalu murah diri saya untuk diperlakukan sebegitu!
Saya jatuh hati pada si tudung labuh dan baju besar. Rasa sangat sejuk melihat muslimah-muslimah ini walaupun saya sendiri seorang perempuan. Tak perlu mereka tunjukkan bentuk tubuh mereka, mahupun tepekan-tepekan warna di muka. Malah mereka lebih dihormati! Tiada usikan nakal dan siulan yang merimaskan.
Dan kini, saya sedang cuba mengekalkan saiz-saiz yang lebih besar untuk saya. Perasaan saya? Saya rasa sangat selamat, sejuk, dihormati dan selesa. Tiada lagi perasaan seperti sentiasa dilihat mata manusia. Dan saya amat harapkan saya dilihat Allah SWT. Walaupun kadang-kadang masih lagi ada 'bunyi-bunyian tikus', tapi sudah amat sedikit. Saya kini, wanita yang sangat gembira.

Hormatilah...
Wahai kaum Adam di luar sana,  saya minta anda menghormati kami, wanita. Saya tidak salahkan anda kalau pakaian saya menjual diri sendiri untuk jadi siulan anda. Tapi sekarang, saya yang tidaklah cantik malah berpakaian ala-ala makcik yang tidak mengikut-arus-fesyen-semasa (bagi sesetengah orang) ini pun mahu dijadikan siulan? Anda mungkin akan diberi seorang anak perempuan suatu hari nanti, dan tidakkah anda mahu mereka dihormati? Melainkan anda sendiri yang tidak kisah darah daging sendiri diperlakukan sebegitu.
Maaf ada andai ada kata-kata ini mengguris sahabat-sahabat perempuan saya. Saya tahu, saya sendiri tidaklah sebaik mana. Masih terlalu banyak ruang untuk saya penuhi sebagai seorang muslim. Tapi sungguh, anda lebih cantik tanpa menunjukkan kecantikan yang Allah SWT beri pada anda.
Sayangi diri anda, muslimah tersayang.
Semoga Allah memberikan kekuatan hati agar tetap istiqamah di dalam ketaatan ini. Sungguh, mujahadah untuk mendapat redha Allah SWT itu terlalu sukar, namun nikmatnya hanya yang berusaha sahaja akan dapat merasai betapa indahnya perasaan itu. Wahai sahabat-sahabat muslimah yang disayangi Allah, sayangilah dan hormatilah diri anda. Jangan dibiar ia menjadi tatapan-tatapan lelaki yang liar matanya di luar sana. Siapa lagi yang perlu menghormati dan meletakkan dirinya di dalam kebaikan kalau bukan diri sendiri. Labuhkanlah pakaianmu dan balutlah hati itu dengan pakaian Taqwa,  bukan pakaian yang menjolok mata.
"Sesungguhnya sebagai muslimah, saya sayangkan awak"

Kalau kita ingin berubah ke arah kebaikan, Allah akan hantar mereka yang baik bersama kita.




Ya Allah, mampukah aku untuk terus istiqomah di jalanMu. Berilah aku kekuatan dan semangat untuk terus melangkah dalam kehidupan ini, kerna niatku ini ingin terus mencapai jannahMu dengan agamaku Islam.

Sesungguhnya Engkau maha mengetahui isi hatiku. kerana engkau penciptaku. Mengenali islam sebagai agamaku sejak dilahirkan merupakan nikmat kurniaanMu yang maha besar. Lahir sebagai seorang islam, namun menutup mata tentang islam merupakan kejahilan yang paling besar.

He said:"Kalau kita ingin berubah ke arah kebaikan. Allah akan hantar  mereka yang baik bersama kita"

Insyallah
:)


and the heart of muslim must be strong!



"and the heart of muslim must be strong!"

*BE STRONG*

Perkataan kuat memberikan aku sejuta semangat dan daya yang sebenar. Hanya Allah sahajalah yang maha mengetahui segala isi hatiku!Ya Allah, aku amat mengharapkan agar engaku memberikan aku taufiq dan hidayah kepada diriku. Insan lemah ini, ingin sekali menjadi umat muhammadMU yang taat. Ya allah, engkau tenangkanlah hatiku dengan quran dan zikirmu. Ameen..

"bilah kuat kan!"

"Ya, bilah kuat!"

:)


Iftar di cyber :)

bismillahirahmanirohim...

setiap kali datangnya bulan ramadhan, acap kali abah akan membawa kami sekeluarga berbuka puasa di luar, tidaklah sepanjang bulan ramadhan namun akan ada sehari dalam bulan ramadhan abah akan bawa kami sekeluarga berbuka di luar. :) Semestinya, berkumpul bersama keluarga merupakan moment yang akan kamu semua akan ingat. lebih lebih lagi aku dilahirkan dalam suasana keluarga yang besar. segalanya bagiku amat membahagiakan. Alhamdulilah ya Allah :)

abah membawa kami sekeluarga berbuka puasa di Restorant Saba di Cyberjaya. sudah pastinya bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan putrajaya dan cyberjaya Restorant Saba memang terkenal dengan masakan arab. Juadah makanan nasi arab semestinya menjadi pilihan para pelanggan. Sebelum ni, memang banyak kali dah abah bawa aku makan di Restorant Saba, namun ramadhan kali ini, merupakan pertama kali  aku berbuka di sana. masa abah bertugas sebagai penolong pengarah BPI, memang abah selalu menjamu selera di sana, jadi  restorant dan cafe cafe di sekitar cyber dan putra abah dah sedia maklum mana restorant yang best. heee...



Perjalanan dari seremban ke cyber hanyalah mengambil masa kira kira dalam 30 minit. Sampai sampai di sana ummi dah booking table untuk kami. Alhamdulliah sempat juga merasa pengalaman berbuka makanan arab. :) Namun, kali ni hanya aku, tiga beradik serta umi dan abah sahaja. kurang lagi 4 beradik. namun, takpelah aku tolong makan kan ye. heeehee..

Hidangan kali ni,ala buffet. jadi dipersilakan umat muhammad untuk menikmati hidangan makanan dengan senang lenangnya! serius, buffet dia memang menyelerakan dengan pelbagai pilihan makanan dari nasi arab, kari kepala ikan, daging kambing! macam macam lah. dan yang paling nampak meriah ialah umat manusia yang datang ke restorant saba untuk menikmati hidangan di sana. sangatlah croweded orang, sangatlah ramai dan macam macam gelagat orang aku lihat di sana.


Lihat, bagaimana hasilnya bila membawa 3 beradik berbuka di sana. sudah tentu adik belon akan menikmati pelbagai juadah makanan untuk dimakan. :) Nahhh, kau gembira aty haa dah dapat pilih makan.


Ini fadhil, adik yang keenam.:) Moto hidup "hidup untuk makan, jadi habiskan makanan. dilarang membazir "
Hahaha. Inilah adik aku yang sangatlah kuat makan.Namun, sangatlah genius! untunglah balik sekolah je mengadap game tapi time exam dapat semua A! mungkin, dengan bantuan aura makan, dapat melancarkan otak kot!hehehe.


si adik keding, yang akan cuba semua jenis makanan ketika berbuka. 
"Fahmi nak puasa penuh lagi tahun ni!" 
"boleh boleh nanti bilah belanja fahmi PSP ea?"
"Yeah!"
"Tapi, fahmi guna duit raya fahmi lah nanti, bilah boleh bagi RM100 je"
heeeee..




Alhamdulilah
:)

kadang aku rasa, dah tiba masanya.. tiba masanya untuk aku sedar dari lena kehidupan ini. hidup ini hanya kerana Allah. Ya Allah, aku mohon padamu moga engkau tetapkan hatiku, imanku agar aku tetap utuh dijalanMU. menjadi seorang muslim dengan lebih baik demi diri dan demi Allah. Insyallah. 

sebelum pergi ke cyber, tergerak hati aku untuk mencuba tudung labuh along. bila lihat dalam cermin, perasaan yang sukar untuk aku ungkapkan. Dengan, segala apa yang telah terjadi dalam kehidupan aku tentang sahabat, masalah hati dan segalanya. aku rasa dah tiba masanya.

Insyallah..

Friday, August 3, 2012

kadang aku harap biarlah ianya begini. :)

13 Ramadhan kali ni, classmate form six aku adakan gathering iftar bersama-sama! Yeah! The best moment apabila bersama schoolmate form six aku. Di antara zaman persekolahan aku, aku paling suka dan hargai zaman form six aku! sebab kadang aku merasakan bahawa titik permulaan form six segalanya bermula. berkenalan dengan mereka yang sangat awesome! aku menjejakkan kaki ke menara gading!

dulu, waktu result spm aku keluar, banyak tawaran yang aku dapat except tawaran upu. Aku abaikan tawaran tue semua. dengan harapan hendak masuk um! serius, dulu aku amatlah berkehendak mahu masuk um. Namun, akhirnya ums juga yang menjadi rezeki aku untuk melanjutkan pelajaran.

berkenalan dan menimba pengalaman bersama rakan form six merupakan pengalaman zaman persekolahan yang tak akan aku lupakan. tiada langsung perasaan iri hati mahu pun segala perasaan negetif, segalanya bagiku positif. berbeza dengan rakan di universiti yang boleh aku anggap segalanya bertopeng! huhuhu. Yang paling dibanggakan ialah separuh dari rakan kelas aku semuanya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Satu pencapaian dalam persahabatan kan :)

okeyla, berbalik pada kisah gathering iftar bersama rakan form six nea. hehehe. sebenarnya, jika mengikut perancangan awal kteorang nak pegi berbuka puasa kat restorant satay RnK kat taman est. tapi, sobab si abob tue terlewat nak wt tempahan kenelah tergopoh gopoh cari tempat yang lain sebab kat sana dah penuh.  so, lastly admin pnuts decide berbuka kat Chicken rice shop je kat Seremban parade. Its okey, as long as kteorang dapat gathering sama :)

memandangkan sudah lama kot tak berjumpa, maka dalam pertemuan kali ini. bertuka cerita! membahan orang! mengenakan orang! merupakan perkara yang wajib dilakukan! hahahha.


the dish-Alhamdulliah :)


menunggu waktu berbuka. Wajib bagi para gadis snap picture dulu! Hahhahaha.


dah lama tak jumpe ijat. aku rasa last aku jmpe dia masa ambik result kat sekolah 2 tahun lepas! lame gler kan lah tak jmpe dia. setahu aku dia sambung belajar kat melaka. dalam masa borak borak dengan diorang semua.. rupanya semua tempoh pengajian 4 tahun! aku je yang 3 tahun! nampaknya aku pakai topi dululah! diorang semua wajib pegi konvo aku! hahahha. nanti aku belikan ticket.






setelah selesai berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib! Aktiviti bermain bowling oleh para gadis.
kteorang sibuk main bowling kat atas, yang dak lelaki g mengopi kek kodai!





okey fine, dak atin menang bowling kali nea! hahha.puaslah dia mengajar pqah main bowling, bab membahan  memang kewajipan kalau jumpe. nasib baik takdelah ramai sangat orang just biasa2 je.. kteorang yang paling riuh!


bler aku tengok gambar yang baru disnap nea. just one word je nak cakap 
"adik, darjah berape?" hahaha.
okey, fine aku tahu aku kecik kan.



selepas penat main bowling, mime ajak ber-window shopping kat bazar ampangan! cari barang raya katanya. hahha. tapi, takdela shooping sangat. berjalan dan makan makan je lebih! haha. 
aku sempat beli 2 helai tudung bawal 2 tone. sehelai RM5 je! Ha, tak ke murah yang oi! kat jalan tar dapatla tapi, kadang harga same je. kurang pn sikit je! terharu jugak bler budak lelaki dah jadi cm bodyguard kteorang dah. menjaga anak anak gadis yang sampai rumah pada pukul 12 pagi! Ha, tak ke mengamuk emak emak bler anak gadis balik lewat. Tapi, jangan risau! ada anak teruna yang jadi bodyguard! hahha.

hopefully, raya nanti kte dapat kumpul sama sama! gelak sama sama dan segalanya. Ini moment yang aku suka bila balik seremban. kat sabah aku takde kawan yang macam mereka. bler bahan bahan segalanya akan anggap bende tue yang merapatkan. bukan seperti di sana! bahan skit nak merajuk.. malaslah nak layan orang cmtue. huhuhu. satu lagi, aku rindu sangat nak dengar kteorang cakap negeri. adoi, memang serius aku rindu! kat sana tak kan dapat nak dngar orang cakap negeri. memangla aku tak berapa pandai nak cakap negeri. tapi, aku suka sebab memang aku dilahirkan dengan mereka di sekeliling yang cakap negeri. serius! aku rindu. kadang aku harap sangat moga segalanya begini...
biarlah ianya begini...

:)


Wednesday, August 1, 2012

Lai lai lai! Biskut Raya!Biskut Raya!


Salam Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulilah, hari ini masuk 13 Ramadhan bermakna sudah 13 hari kita berpuasa. menunggu detik-detik nak raya! Pastinya ramai yang sibuk nak wt persiapan untuk berhari raya kan? Saya kira mungkin ramai yang sibuk nak buat kuih raya tue! Urmm, kepada macik-macik, kakak kakak , adik adik tak yah susah susah nak wat biskut raye...lai lai lai...moh beli biskut raya sayee..



Okey, untuk tempahan hanya di sekitar seremban sahaja. Luar seremban tidak dihantar ye.:) Jadi, kepada makcik--macik sekitar seremban. Anda boleh membeli biskut raya saya yang sangat sweet sweet nea! hehe.
Harga hanya RM25 sebalang. Kalau beli banyak harga boleh dapat murah! :) 

Kalau berminat boleh PM saya. Nabielah :)

Homemade Biskut Raya :)


01-Biskut Kacang

02-Snow Almond
03-Tart Rose Choclate
04-Almond London Olympics 2012

05-Golden 'Tart Gulung'
06-Chocolate Chip Cookies




love them :)



sejak aku zaman sekolah lagi, aku memang dibesarkan dalam suasana ramai kawan-kawan awesome disampingku. dari sekolah rendah hingga lah sekolah menengah kawan-kawan aku sering bertuka tapi, adelah a few of my friends yang memang gler rapat dengan aku. Until now, kalau ada kawan yang dah lame tak contac but, tyme hari-hari kebesaran spt besday dia!Eid mubarak or big day ke mesti akan wajib contac each other. salah satu sebab kenapa den goma bona nak balik ghumah because of u my schoolmate! :) Bagi aku istilah "Best Friend" refer to kawan yang best, yang boleh kita ketawa dan sedih ramai ramai! best friend tak perlu cari yang satu, ramai ramai pun dah boleh kira best friend kalau korang rasa kawan korang memang awesome and best gler! 


She always said "make a lot's  of friends !"


okey, disebabkan dah hampir 3 bulan aku tak balik rumah. so, dalam waktu cuti nea aku memanfaatkan peluang cuti aku untuk bertemu mereka mereka yang sentiasa awesome di sisi ku. :) boleh juga nak dikatakan bahwa aku melalui 3 fasa peringkat kawan! boleh pulak cmtue eh?hahaha. fasa kawan form 3, form 5 and form 6. but, kawan dari aku lahir sampai skg slalu mengadap muka dia je sorang tue jelah nadziera ! merangkap kawan kaki lepak depan rumah lepastue jadi perhatian budak budak yg lepak kat tepi rumah aku. haha.  jiran aku la nad ! kat sekolah kteorang tak rapat sgt. tapi, bler kat rumah mmg rapat, borak and share msalah same2. :)


haritue lepak lepak dengan nad kat depan rumah. tetiba nad kata yang as tengah cuti panjang sekarang. nad kata g lah ko mengedik dengan dia. aku mana tahu malu. terus contac as ajak hang out same. Kebetulan pulak mai nak datang seremban. Mai nea kawan aku tyme form 3, dia pindah ipoh masa form 4. so,Fb merupakan wadah bagi kami untuk mengedik bersama! Hahaha. 


dengan hati yang riang gembira bagai kanak kanak bermain di playground, kami pun bergojeng bersama! ketawa bersama! bercerita bersama! berjalan berpimpinan tangan! memilih menu makan bersama dan segalanya! hahaha. bila dah lama tak jumpa memang window shooping dan mengambil gambar sambil membuat muka paling cute is the best therapy! :)


as-the invester, mai-the banker, nana-the nurse and me-the writer!







kteorang memilih untuk makan di Johnny Restaurant di Jusco S2 ! kteorang makan steambot. act, nea first time aku g makan kat sana, slalu aku lalu je kat depan johnny tapi tak masuk pn. sebab disangkakan makanan kat situ mahal-mahal. Tapi, tak lah mahal pn, berpatutan je harga dia. 4 orang makan dalam RM100.. kira okey  jugak kot nak dikira tempat dan makanan yang kteorang pilih. dah abes bersenang lenang dengan perut masing masing. Mai, ajak kteorang wt perkara yang paling awesome untuk gadis jelita macam kami! Tadaaaa....


serius!! aku sangatlah teruja gunakan mesin tue! bler masuk kat kotak tue, rase macam comel comel je ala bajet korea skit! Aduhhh, serius aku rasa cm nak g buat lagi bende alah nea! bler model mesin tue cakap dalam bahasa korea. rasa diri nea comel comel. Geram tau! rasa nak fly je travel satu korea skg! sangatlah menarik mesin nea. dulu, kat term 1 adelah jugak bende alah nea, tapi cm ade orang control.. jadi aku yg masih fikir dan malu cm budak budak nea tak g lah wt bende alah nea. takut kene marah lah bagai!bende nea diy! do it yourself! so, untuk kita kita aje. 

Yang paling aku cm excited gler! bende nea cepat gler snap picture, so sebelum nak snap picture tue berhias siap siap dulu. :) baru boleh nak snap picture. bler kelam kabut nak snap picture tue yang cm tak tentu arahh posisi tue! haha. Tapi, yang paling aku suke sangat dengan menggunakan mesin ini anda akan berubah menjadi Eun-jung t-ara! haha. Muke fake gler! dengan mata sebesar besar ala korea. Memang pandai mesin nea nak pikat hati aku agar terpikat dengan dia! haha. 




:)
Kejadian ini berlaku pada 3 July 2012.
dipostkan pada 1 August 2012



Lead me until Jannah :)



:)
Lead me until Jannah. Insyallah.

Tuesday, July 31, 2012

its been a long time :)

Bismillahirohmanirahim....

yes, its been a long time not to meet u my blog! Almost 1 year aku tinggalkan kau wahai blog! Entah kenapa, rasa rindu nak menulis bertandang semula di hati aku. Dulu, bak kata orang zaman marin punyelah aku meng-hyper aktifkan diri dalam dunia blog nea. Last, i left this blog because aku further studies kat ums. Yups, dah setahun aku merantau ke negeri orang. Kene naik belon pulak tue!





 dalam tempoh jangka waktu yang agak lama aku kira. Banyak dah yang terjadi dalam hidup aku, terlalu banyak.. kadang aku mahu anggap segalanya bagai mimpi dalam kehidupan. kerna bila aku pulang ke rumah itulah kenyataan dalam mimpiku. Sabah bagiku, negeri yang penuh pengalaman buatku. Terlalu banyak pengalaman dan cabaran yang aku lalui di sana. Pengkhinatan, percintaan, kehidupan, segalanya banyak mempengaruhi siapa aku sekarang yang bergelar Nabilah. :) 





Alhamdulliah, aku anggap segalanya sebagai proses mematangkan diri aku. Diri je yang matang ye! Muka still lagi mcm budak darjah satu! hahaha. Kalau untuk aku coretkan segalanya di sana dalam tempoh setahun dah aku tak menulis entri, sampai esok lah tak abes. Macam nak tunggu hujan kat padang pasir..Penatlah jari aku! hahaha. Yang penting, tutup buku lama, Bukak buku baru! Yes, Nabilah :) U are super duper stronger!

Oh ya, name blog pn aku dah tuka. Hehehe.