Monday, December 20, 2010

one direction!




Please lah! They're so awesome!


Kali ini entri dengan nada teramat gedik!



0h!mereka teramat lah awesome!please let me be their gf!Haha. Gila Kaw bilah!Mereka ney kumpulan 0ne direction dari realiti show- X-factor! . Please lah!mereka teramat hangat dan cun dari biasa!lebih hebbattt dan cun daripada justin bibir dan david letta tue!! Mereka lagi hebat ke-cunannya! Nak dicomparekan dengan JB and Letta! Aku rasa mereka memiliki suara yang lebih Enak. Sedap dan Merdu. Getaran hati aku telah mengatakan
bahawa salah seorang dari mereka bakal menjadi BF ku!and mereka akan berpecah dari kumpulan kerana bergaduh disebabkan aku. 0hhhhh..tat's sweet!!






[sila ambil plastik dan muntah]:p
kan aku dah kata enti ini berbau gedik. Aku memang tergedikkan mereka. Haha. :p








Aduhh..mereka ini teramat berbakat dan sore mereka boleh wat wanita sejati cam aku ney cair macam water cooler!Lagu yang diorang nyanyikan memang Bestt! Aku paling suke waktu mereka nyanyi lagu coldplay. gua cakap memang best weyh! Tapi,sayang mereka tak menang dalam x-factor. Kalau tak dah lama aku vote diorang ney!aduuhhh...Lagipon umo mereka ney baye-baye aku jea. dalam 16-18 thn.
kire mude lagi dan memang fresh dari ladang!
Mereka ini mendapat fully khidmat nasihat dari simon cowell..
Giler kentangnya. Mr. Simon ney memang pertahankan group ney habis-habis!
and diorang amat rapat dengan Mr. simon.

Cun gler!




Group ney terdiri daripada Liam, Harry, Zayn Malik, Neil and Louise! Aku palinglah adore dengan LIAM! dia cool gler!cun and cantik!and HARRY pulak aku suke curly hair dye!cutenyaaaa...dalam group ney harry yang paling girls minat!mybe coz dye memang ada x-factor. ZAYN aku suka mata dye!kalau boleh ditukar matanya dengan mataku.Hahaha..buluu mata dye bapak melentik!lawanya mamat ney aku tengok!Aduhh..seronok sejuk je aku tengok!Haha.NEIL yang paling suka tergelak dalam group ney. Kalau tengok video diary diorang. niel ney memang suke tergelak je keje dye. Tapi,dye still nampak cute! LOUISE dye nielah penyeri group ney!dye memang kaki wat lawak. aduhh..hampir pecah perut tengok gelagat dye siap wat kopi tetengah wt video diary lagi. Haha. cantiknya!




One direction is the best. Walaupon korang tak menang X-factor 2010! Aku suke korang sesangat!Haha.



Review video mereka:









aku suke diorang nyanyi lagu coldplay ney!








Aku boleh rasakan Lagu itu ditujukan oleh liam untukku!!







0key! Silakan BERANGAN!




jgnlah wat aku tak tido malam lagi!Hahaha.



Totally, mereka memang best! the way diorang singing and cara diorang layan fans memang best. Walaupon tyme diorang nyanyi ramai gler girls yang dok terjerit-jerit bagai nak meroyan sekalipon diorang tetap bagi perfomance yang best and terbaik!



Pleaselah lepas ney hope sangat diorang takkan berpecah or making solo ke. Janganlah,
korang dah memang awesome begini. Every fans can remember ur name,so ingat pepatah melayu ney:"bersatu teguh, bercerai roboh!"




biler nak datang malaysie?


Last word :"i love u liam!Hahaha.



Saturday, December 18, 2010

Coming soon



try to make cute face! Tak jadi lah!


Aku baru balik dari gathering di Pd. Penat sangat kalau nak coret lama2. nanti aku uploadkan pic yang menarik banyak2. Memang best sangat!gathering! bukan yang ku sangka. tapi. Thanks sangat pada dak2 class yang hadir. dak laki-ijat,bob and wan sory kalo salah sangka pada ko!
tapi,memang seronok sangat!!

so,lepas ney nak edit video class. aku de wt video untuk dak class. excited nak edit!

"Pra-u2 Naqiah the memories!"
Coming Soon!


special kredit thanks to bob!for the picture!i really love it!

Friday, December 17, 2010

Encik Peguam!


act,tak nak tulis entri untuk lewat malam ney. Tapi!saya suka malam ney!
Gembira sampai senyum sehingga ke telinga malam2 buta ney.
Tadi encik peguam ber-Ym dengan saya.
Arghhh..sukanya hati ini.



sebenarnya dah lama tak borak-borak dengan encik peguam!
rindu rasanya nak dengar gurauan dia.
tak keterlaluan ke kalau saya katakan bahawasanya.



saya mengharapkan hubungan ini lebih dari seorang sahabat!




saya rindukan awak sangat-sangat.
entah apa akan jadi kalau saya tersempak dengan awak!


mesti tak keruan saya dibuatnya



awak pernah kata pada saya:

"percaya pada jodoh."
"biarlah jodoh dan takdir yang menentukan hubungan kita"


Saya percaya pada awak!



Malam ni saya gembira dapat borak panjang-panjang dengan awak.
saya tahu awak tentu sibuk.
hidup sebagai pelajar undang-undang mesti sibuk.
saya akan cuba faham awak!



saya akan ingat kata-kata awak!
gurauan awak!
segalanya!



Duhai Hati.
Moga segalanya akan tetap dan kekal.
biarlah jika aku sahaja yang bersikap perasan!
mengenangmu sampai bila-bila.




Awak kata pada saya jangan kawin dengan peguam. sebab peguam ni sibok sangat! nanti kesian saya asyik ditinggalkan suami. Saya kata okey! kene cari calon suami bukan peguam!



Tapi hati ini. meronta-ronta katakan :"saya tak kisah kawin dengan peguam :)"hhihihi.




Awak cerita pada saya kehidupan awak sebagai pelajar law yang sibuk ke sana ke mari. awak jugak kritik badan MPP yang hanya dapat nama dan tak tahu jalankan tugas! Awak kata awak tak suka rapat dgn pensyarah sebab takut diskriminasi. Saya kata pada awak!yang awak amalkan demokrasi. Awak mengeyakan pandangan saya!Saya suke:)




Tapi,hati ini. katakan awak boleh lakukan yang terbaik!saya yakin awak bisa tempuhi kehidupan sebagai mahasiswa dengan sebaiknya. Awak bakal menjadi seorang peguam yang berjaya!





Saya tanya awak soalan bodoh!saya tanya kenapa peguam takde title macam dokter n enginer.
Awak kata sebab peguam ni Zuhud. Kelakar saya dengar jawapan dari awak! Awak kata saya ini kelakar sebab sikap pemalu saya!





Awak kata muka saya dah berubah lain sangat dari dulu. Awak kata kalau saya dan awak tersempak pon mesti awak tak dapat nak cam muka saya. Saya kata muka awak pon mesti dah banyak berubah!:) Saya suruh awak tegur saya kalau kita tersempak!



Saya kata. xpe kalau saya tersempak dengan awak saya akan senyum saja pada awak sebab takut salah orang. Awak kata mana boleh senyum. Kalau salah orang kan malu. Saya kata takpe la,buat tak tahu aje. Kata awak. Awak jeles sebab saya senyum untuk org lain bukan untuk awak.!:D



Hati saya suke!




p/s:Jujur kata: Saya sukakan awak:P






Tolong have fun esok!


Gambar class



Esok merupakan hari gathering class pra-u2 naqiah!Perasaan aku utk esok? Entala. Aku agak kecewa dengan budak2 yang tak nak join sama pada gathering kali ni. Tak tahu sebab alasan munasabah mereka tak nak join. Yang join hanya 11 girls and 3 boys! Aduhh.. bukan gathering namanya tue kalau semua tak ada. Aku memang amat ambil berat hal itu. Mungkin sebahagian budak2 ney kata. "Alah lantaklah yang tak nak join tu". Tapi, aku care abt this.



Bila difikirkan balik. Selama aku menjalani alam persekolahan bersama mereka. Aku hepy dengan segalanya. TAPI! aku agak kecewa dengan beberapa pelajar. Yang aku rasakan langsung tak nak cooperate bersama. Pasal gathering ney. Aduhh..rasa nak marah je dengan seorang mamat ney. Memang bikin gua panas je!Dia ingat dia tu dah besar sangat lah!Mybe aku nampak baik-baik je ngn dye tapi. dalam hati.menyampah pon ada.!Sibok nak membebel pasal itulah.. pasal inilah. Sume tak kene!pasal gathering ney pon nak salahkan the girls sebab tak bayar lagi. KAU NI SIBUKLAH!!


Jujur aku cakap. Aku amat hepy dan senang dengan class lama kiteorang! kalau dulu sume the girls and Only 0ne boys -keshavan je. Dengan keshavan memang kiteorang ngam ngn dye. Sebab dah lame kenal. dye pon schoolmate lama aku. Gambar diatas diambil semasa english drama competition. Best sangat tyme itu. Tapi,bila sumer difikirkan balik. Memang kiteorang malu gler.Haha. kat pentas tue macam-macam jadi. Tetibe salah tuka karekter.Kelakar gler.

Tapi, after upper six kiteorang campur class dengan class naqiah. Name pon bertukar. Mula-mula memang kiteorang cuba nak sesuaikan diri. Memang Okey. Dengan dayah and dak-dak laki len. Memang best ! Except dua mamat tue. Memang agak menyampah lah aku!


Kalau nak ingat-ingat balik. Memang aku malas nak pegi PD tu. Tapi bila fikirkan the girls. Kesian pulak diorang! Maybe aku je terlebih terasa hati or rasa menyampah. Maybe diorang tak. Tak pelah diri ini!Sabar and ignored jelah hal budak-budak yang aku tak suke tue! Have fun lah dengan kawan-kawan aku buat kali ni.!



p/s: Rancang nak wat gather untuk kita2 aje!



Wednesday, December 15, 2010

Last day.15/12


Last day exam STPM:
coret-coret capture pic l
Last day=
bakal rindu mereka!
Mereka mengajar aku erti

SAHABAT

PERJUANGAN

KEMATANGAN!

KEHIDUPAN

Mereka pelengkap hidupku. Ingat lagi tak mula2 kita check in di STAD. kita langsung tak kenal.
Tapi,kata orang: Tak kenal, Maka tak Cinta!

Bila dah kenal! Aku sayang korang sangat-sangat!
Rindu biler kita borak sesama.
study sesama.
XOXO.







PIQA, MIMIE, FARA,PNUTZ, DAYAH.

SHAQ, ARIFAH, ARVIN, USTAZ FAIZ AND RAFDAN




KAMI KETAWA DAN SEDIH BERSAMA.



SAYANG MEREKA.


TUNKU DURAH: "Majulah maju,sekolahku maju!"




kenangan di pra-u tidak akan ku lupa sampai biler2.
tak sabar rasanya nak pegi gathering class Port Dickson.
tapi,jujur cakap: memang agak terkilan biler de dak class yang tak pegi.
aku memang mengharap agar sume dak class pegi.
tapi, tidak semua.

nanti ingat nak rancang gathering "kiter-kiter" aje.
al-maklumlah. yang tak berkenan kat hati memang tak nak jemput join laa.
tak sabar rasanya!


Rindu Mereka:
XOXO.!




Next Step.

Alhamdulliah.
kembali menulis seperti dahulu. Sebenarnya aku amat rindukan nak menulis blog macam dulu2.
Dulu,aku amat sibuk dengan exam besar-STPM. so,sekarang
. Aku telah mendapat title
.PENGANGGUR TERHORMAT.
Hari ini: Rabu. bersamaan: 15/12.
bermulalah kehidupan sebagai penuntut penganggur.

Tadi,merupakan last paper aku iaitu: bahasa melayu kertas 1.


REVIEW:
Kenyataan hati perihal STPM=

Keluhan berat di benak hatiku.
Sejujurnya hati berkata bahawa result akan jatuh teruk.
Aku tak tahu nak disimpulkan bagaimana perihal exam kali ini.
Tak seperti exam mid year and Trial.
:(
Aku dapat menjawab dengan baik dan yakin semasa exam sblum ni.
Tapi,kali ini..sukar untuk aku terjemahkan.
Perasaan. Fikiran. Emosi.
Berkaitan STPM.


Terbit juga di minda dan hati .
Kata Hati: "Kau gagal!"
Kata Minda: "Tidak!Aku boleh berjaya"
Tapi,seringkali kata hati mengakuinya..
:(

Mimpi yang bukan-bukan perihal result,paper sejarah 1..
Aku mimpi aku dpt pointer rendah.
Aku mimpi aku dipuji cikgu fauziah.
Aku mimpi aku jawab soalan bhasa mlayu senang sangat.Tapi aku nanges.
Arghhh.Mimpi.kenapa merungsingkan aku?
Ikut cacatan mimpi aku selalu terjadi.
:(

Aku mula terfikir.
sekiranya aku tidak berjaya pada kayuhan kali ini.
apa yang harus ku lakukan.?
Arghhh...

Mereka kata.
Aku terlalu berfikiran -ve.
Aku terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
Mungkin.salah aku.
Aku akan cuba untuk tidak terlalu memikirkannya.


p/s: Doakan diri ini baik-baik shj.