Wednesday, September 23, 2009

loteh!

"penat berjalan di tengah hari,
singgah sebentar di blog ini,
aku dah penat hari ini,
len kali lah aku post entri!"


ape,punye pantun daaa....




IDUL FITRI Pictures, Images and Photos



hari ni!
aku dah penat berjalan-jalan kumpul duwit raye!
perut aku dah senak asyik makan ketupat + rendang!
muke aku dah tebal!asyik kena sakat dgn tuan rumah!
aku dah pening gler! sehari suntuk duk kat dlm kete!

tapi,hari ni juga aku telah berjaya menjelajah
3 buah negeri dalam satu hari!

aku memang
PENAT + LETIH
tapi.
HEPY GLER!





nanti lah aku celoteh lamalama!
dah penat ni!


currently in: Sg.buluh,selang0r

Thursday, September 17, 2009

syawal kali ini!

Tinggal beberapa hari lagi,seluruh umat islam di muka bumi allah ni.akan meraikan hari raya aidilfitri,selepas kita berpuasa selama 30 hari.tiba masa nya kita meraikan dan memanjatkan keyukuran kepada allah yang maha- esa!

aidilfitri tahun ni amat berlainan sekali bagiku,berbanding raya-raya terdahul,raya kali ni agak suram sedikit.kedua-dua kelaurga di sebelah abah dan ummi,menerima musibah.pakcik aku masuk wad,disebabkan kena serangan jantung..skg ni di hospital.dan keluarga sebelah abah pulak seperti yang sedia maklum. :(




raya kali ni-aku dan keluarga akan beraya di Rompin,Pahang!


esok,aku akan bertolak ke sana!doakan aku selamat pergi dan pulang.serta,selamat tiba di sana! kampung aku jauh.kalau balik sana memang terpaksa melalui jalan yang menyeksakan! disebabkan jauh,so aku jarang lah balik ke sana!tapi,kat rompin memang best!suasana di sana memang suasana kampung!

tak sabar rasanya nak jumpa tok mak,cousin2 aku,ayam2 kat kg tue,lembu2,and macam2 lah yang aku rindukan sangat kat sana!dah lama kebenar tak balik ke rompin!aku rasa,last aku balik 4 bulan lps..lama kan,aku dah tak balik sana!tak sabar nak sambut raya kat sana..jalan2 keliling kampung...macam-macam lah!yang aku rindukan..

Raya,raya jugak..tapi,homework yang cikgu bagi memanglah melambak!saje je cikgu ni..tak nak kasi aku syok2 dgn raya aku..ad0ai.



so,last skali..
leyla,nak ucapkan!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MINTAK MAAF BANYAK2 KPD KWN BL00GER..
JIKA ADA SILAP & SALAH LEYLA..
serta,selamat pulang ke kampung halaman masing-masing!





sje nak letak lagu ni..
kelakar tgk anuar zain waktu kecik2..
dlm banyak2 lagu raya aku paling suka lagu ni!teringat zaman kanak2 aku..




leyla
: )

Saturday, September 12, 2009

by ur side..

title entri ni tade kene mengena dengan pe yang aku nak tulis.act,i'm so bored today!
semalam,aku pergi sekolah ummi,coz ader majlis baca yassin.
but,aku tak take part pn dlm majlis tu..aku pegi duk je kat bilik badar and menidurkan diri,
hehe...tapi tak dapek tido pn trpakse jage dak 3 org tu!
smlm jugak,aku trsempak dgn sseorang yang dah lame aku tak jumpa.
ahaha...aku sempat pandang dia dari jauh je.
tak smpat pulak nak menegur dia.alah,[mcm lah berani sgt aku nak tegur dia]
act,aku tak sangka pulak dia dtg majlis tu.dah lama tak melihat wajah dia.
alahai mr.S!

dah lame tak jumpa dia.bila,dh jumpa dia,terkedu je dari jauh!
hehehe..
tetibe,terinagt pulak kisah aku ngn dia..ahaha!
tapi,tu kisah lama kita.skg ni kita just be a friend!
awk pn dh brjaya skg ni.

: )




semalam,jugak aku jumpa adik angkat aku!nak mention jugak name dia kat blog aku ni.
ATIQAH SYAHIRAH!
hehehe..act,dh lama tak jumpa adik comel ni.!
and skg bru smpat jumpa dia...
nice dress sis!
nanti time raye nanti jemput dtg rumah yerk!ahaha..berani ke syerah?
hehehe..



leyla

: )

Friday, September 11, 2009

u make me crazier



.........................
u make me crazier.
but,now.
it's over.


leyla : )

Thursday, September 10, 2009

tanpa spect? and "prom nite"

sumpah!
tetibe aku rasa menyesal pulak bukak spect hari tue.tapi,aku memang pening sgt2..so,aku tanggalkan spect aku masa kelas bm.aku bukan ape,aku tak suka tanggalkan spect and
then org len ulas pasal muka aku kalau aku tanggalkn spect.
aku tahu. ko takyah nak ckp bnyak!!aku tahu aku lawa kalau bukak spect!ahahaha..*perasan
tapi,ko takyah lah nak pandang2 muka aku and then suruh aku tanggalkan spect!
hell0!sukeaty aku lah nak pakai spect ke taknak!

menyampah ckp pasal tu.aku just tak selesa ngn cara ko tu 0ke!kalau ko nak kwn dgn aku 0keylah.
aku fine je.aku boleh je kalau nak ckp2 or borak2 dgn ko.tapi,ko telah wujudkan suatu keadaan yang tak selesa antra ko dgn aku.ko tahu tak? aku tak selesa lah ko pandang2 aku cm tu..
aku tak suka tanggalkan spect dpn org len.dan ikut rekod,aku jarang tanggalkan spect.aku bukannya nak kata aku ni perasan or what!?tapi,kalau dh u do like this.sape yang tak bengang!
ni yang melemahkan semangat aku nak pakai lens ni!!!
aku tak suka org pandang aku lawa.
no,i mean,,aku tak suka guy pandang aku dri sudut lain.biarlah,ko kenal aku just kat sekolah je.
aku yang kelam-kabut,,messy,,nerd,, or watever lah.!
biarlah..


malas nak ulas lebih2..aku just rasa annoying je skg ni!
hate!



i think,2nd oct'..mybe.my school adkn "prom nite"..cant wait!serious,aku baru je borak2 dgn cherisha pasal prom nite.tgk2 tecer dh announce pasal prom nite!
aku memang teringin nak pergi.tapi,tak tahu ummi bagi ke tak pergi.
alah,lagipon just kawan2 je.aku mane de date dgn sesaper pon.lepak dgn kwn2 je.
tadi,kat sekolah..kiteorg tgh brteka teki nak pakai dress ape?
aku bertudung 0ke!so,,No gaun or sexy dress!!
i think , i just wear "jubah" or "kebaya labuh"
which one is suitable for me?

hmmmmmm.....

sekarang ni tengah search kat internet abt prom nite?
prom nite tahun ni adakan kat h0tel or club..mybe kat royal bintang!dengar cter.
tapi,tecer tak decide lagi kat mane place nyer.
but,the dress must be formal dress..for guy maybe tuxedo or gurl of course,gaun!
but,for malay gurl i think,,tecer kata tak kisah nak wear hijab or not.
but for me!
aku tak kan sesekali tanggalkan hijab aku.
aku rasa safe dan iman aku terjaga dgn memakai hijab.
tadi,waktu kat DK,liew ajak samitha jadi couple dia time prom nite nanti.
kelakar lah pulak.entah ape lah yg liew tu nak pakai nanti.
ahhaha..

cherisha of course,couple dia keshavan..
such a cute couple!!
keshavan tinggi cm galah!cherisha rendah..
ahhh..cm adik ngn abang pulak!

and.
fatin mybe couple dia dengan kushaire.ahaha
pnutz pulak,ko ajak lah arip tue!dia malu tue.dia nak kne diajak.
hehe...

oke!finish for today!
go to sleep lelya..esok nak sahur!

: )





terasa diri,just like this song!hehe..
u belong with me.
ugly turn to beauty!





allah lebih sayangkanmu.

"allah lebih sayang kan balqis"
tidurlah adikku..tidurlah,kerna syurga menantimu..
al-fatihah.

bismillahhirahmaniro'him...


alhamdulliah ya allah,aku masih lagi dihidupkan di muka bumi ini..aku bersyukur atas nikmatmu..
semalam tanggal 09.09.09.mungkin ada yang menjadikan tarikh ini sebagai tarikh special dan sbgainya..
tetapi,tidak bagiku.semalam,sepupuku balqis pergi mengadap ilahi buat selamanya..


sayu hatiku, semalam pada ja 2.40 ummi call aku masa aku ka
t sekolah.ummi beritahu balqis meninggal dunia kerna terjatuh.balqis sepupu aku.umur arwah kecil lagi..baru 3 tahun..tapi,setiap kali aku balik kampung dan pergi rumah mak teh.[ummu balqis]aku mesti main2 dgn balqis..aku dukung dia..dan dia spt biasa akn merengek dan tersenyum kalau aku dukung dia..kali terakhir aku jumpa adik balqis waktu ahli keluarga abah hantar pak andak ke airport.itulah rasanya kali terakhir aku sempat manja2 dengan adik balqis..arwah adik balqis seorang yang pendiam dan takut2 je kalau aku nak dukung dia.tapi,lepas dah lama2 aku dukung dan main2 dgn dia,,arwah dh okey dh dengan aku.dia akan tergelak,ketawa dan tersenyum.:)



sayu hatiku semalam melihatkan mak teh yang tak bermaya,yelah arwah jatuh masa tu mak teh tengah solat.kesian,aku tengok mak teh,pakteh zafirah,naim dan adik bradik lain.
mreka redha dan pasrah menerima ketentuan ilahi.sekelip mata sahaja arwah pergi begitu sahaja.
mak teh memang seorang yang tabah.anak2 mak teh semuanya kecik2 lagi.yang paling sulung naim,baru darjah 6.dan tengah hadapi upsr.baru shj bal
ik dari sek terima berita adik meninggal..



waktu aku tiba di rumah mak teh aku lihat zafirah duduk shj menangis di biliknya.aku kata kat zafirah yang "zafirah kakak yang baik,biarlah adik pergi sbb allah lebih sygkan adik." aku peluk zafirah.
Naufal,pula sedang duduk shj di tangga tempat arwah jatuh,aku panggil naufal duduk di sisiku.tapi,dia taknak,lalu aku dukung naufal.aku tanya naufal nak makan tak?naufal hanya nak mandi.aku mandikan naufal
naufal,adik yang ke-6.baru je 5 tahun.dan ketika kejadian,arwah adik balqis jatuh betol2 di hadapan naufal.
mungkin dia masih terkejut ketika tu naufal tengah main2 dengan arwah adik balqis.
yela,hari ni naufal main2 seronok2 dengan adik.esok,tengok2 adik dah takde.
pemergian arwah adik balqis mungkin banyak hikmahnya.
segala yang allah tentukan untuk ki
ta itulah yang terbaik buat kita.
takziah buat keluarga mak teh.



Suatu yang membuatkan aku sedar akan dunia.Dunia ni milik Allah..
segala yang kita kecapi pada hari ni allah yang pinjamkan sebentar kepada kita dan bila-bila masa sahaja allah boleh ambil kembali nikmat yang allah pinjamkan kepada kita.
selama ni kalau aku balik ke kampung mesti akan ada ora
ng baru,sehinggakan aku tak tahu ni anak siapa,balik2 kampung je dah ada baby kat kampung.
ahli keluarga bertambah dan sekarang bila dah kehilangan salah seorang ahli keluarga
benar2 terasa kehilangan.
sejak akhir2 ni aku menerima berita org meninggal dunia.
bulan lepas,tok busu meninggal teringat lagi waktu aku kecik2 aku selalu main kat rumah tok busu.

entahla tetiba rasa macam dah nak sampai seru.




segala yang aku miliki bukan selamanya akan aku miliki.bersyukurlah leyla.bersyukur,.: )
bersykurlah atas nikmat yang allah berikan.


leyla.:

Sunday, September 6, 2009

bersyukur!





Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Chorus:
Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Chorus

Hanyalah kepadaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu



bersykur leyla!bersyukurlah atas nikmat yang telah dikurniakan 0lehnya.
sabar leyla!bersabarlah mengharungi setiap dugaan yang mendatang.
...


Saturday, September 5, 2009

oh!bulan!

semalam dalam pukul 10 malam aku keluar menemankan ummi ku menghantar angah ke rumah kwn angah..sedang ku berkhayal duduk di dalam kereta,aku memandang ke langit malam yang gelap.dan diterangi bulan penuh yang amat cantik dan indah..
indahnya kuasa allah.bersyukur aku dilahirkan di bumi dan menjadi manusia.[ha!?]
dapatlah aku melihat keindahan bumi ini..
aku merenung dan memandang ke arah bulan.dan aku teringatkan dia.entah kenapa,banyak memori aku dengan dia semasa menjalani bulan ramadhan ini.
dahulu,dia suka makan rendang ayam dan kuih tart nanas.

stop thinking about him!

hearts Pictures, Images and Photos

hati aku zero padanya!
...

biarlah dia gembira di dengan kehidupanya,tanpa aku di sisinya.mungkin lebih baik begini.aku dengan hidupku!dan dia dengan hidup dia!ya!biarlah begini..aku selesa begini.
siapalah aku pada dirinya.seperti langit dengan bumi.
kalau dahulu aku hanya setia dan setia mendengar ceritanya menjadi pendengar yang baik dan memberi nasihat padanya dikala dia dalam masalah.tetapi,sekarang dia mungkin berbahgia dengan kehidupan dia tanpa aku.aku sedar,siapalah aku?hanya teman dia meluahkan segala masalah dia padaku.dan aku hanya menjadi pendengar kepada masalah dia....
stop:(
aku benci apabila teringatkan dia!aku benci!!aku tidak mahu menatap mukanya sewaktu kali pertama kami bersua!biarlah aku begini,,terus membenci mu!kerna aku tak suka..
full stop:(



Friday, September 4, 2009

biarlah aku begini..

biarlah aku begini..
kawan2 aku selalu tanya aku kenapa aku delete myspace,friendster and facebook aku..
lelah aku nak menjawab pertanyaan diorang.
aku rasa aku hanya tersenyum je bila kwn2 aku tanya.:)
..biarlah aku begini..
dodol ke aku?aku delete sumer benda alah tu.sebab dia?
sebab aku tak nak berhubung dengan dia lagi?
aku tukar email aku +YM yang paling aku sayang
kat ym aku ader ramai kwn..
sory sgt kt tien kwn ym aku..cz,dh lame tak contac dia.
aku tukar url blog aku.sebab aku tak nak dia baca blog aku!




aku nak elakkan diri drpd dia.
aku tak nak ada hubung kait apa2 lagi dengan dia.
aku buat segalanya!!untuk padamkan dia dari hidup aku.
sehingga sekarang,aku pn tak tahu mcm mana hidup dia.kalau aku ingin tahu mengenai dia
yang aku tahu dia dh pergi kejar impian dia.
dia dh pergi sambung belajar kat tempat yang dia impikan
dahulu,
dia selalu kongsi impian dia dengan aku.





akhirnya,termakbul jua impian dia...





aku hanya mampu,doakan semoga dia berbahgia selalu dan semoga dia dapat mencapai awan dia.dahulu dia selalu mengambarkan bahawa impian dia umpama awan.
dia suruh aku pilih awan aku.
thanks!
aku dah jumpa awan aku!






:(







aku tak boleh berhenti dari memikirkan tentang dia.
tapi.
aku harus membuang dia jauh dari hidupku.







biarlah aku begini.
terus membenci dia!!





ini lebih baik,dari melihat hati aku terluka.






fullstop.








entah kenapa aku tak boleh berhenti
dari mendengar lagu first love

:(

kerisauan di usia begini.!?


0ke! fine.
aku tahu yang aku, still nampak cm budak2..
dengan tade ketinggian langsung!-
except kalau aku pakai wedges
tu pon trjatuh jugak.but,still degil nak pakai sbb nak nmpakkn ketinggian aku!
tade tinggi mane pon..
serius!

aku memang bpk jeles tgk org yang tinggi2 ni..
lebih2 lagi aku dikelilingi oleh kwn2 yang hmpir half tinggi as KLCC..
pnutz yang tinggi cm model,piqah tinggi,aien tinggi and nana yang tinggi mcm galah..
kwn2 aku sumernya tinggi2..
aku bpk adore dengan ketinggian nasha aziz!ahh..tinggi kn dia?
terasa gak kalau jalan ngn diorang,rasa segan je..nmpak sangat aku ni rendah..
terasa jugak nak tinggi , tinggi menampakn kita matured!
tinggi juga,buat org respect kita..dan terasa diri lebih besa kn?
bila,tak tinggi ni nmpak cm aku ni still budak form 1.
yelah,akhir2 ni nak masuk umo 18 tahun ni-
6/10-aku juga nak tingkatkan ketinggian aku
tapi...ape nak buat bila dh masuk umo 18..itulah ketinggian aku 4EVER!
i repeat 4EVER!..

kalau aku tinggi tadelah lagi org yang akan salah sangke aku ni budak skola rendah..
yang tu memang dodol,kalau de yg branggapan aku budak skola rendah
kawan2 aku selalu anggap aku cm adik+ budak2.tapi,aku tak kesah.;)
piqah kata aku ni rendah.tapi,ketinggian aku kira 0key laa..
cume muka aku je yang nmpak cm budak2
!!ad0i..
piqah kata aku kena ader jerawat baru nampak matured seket..
mcm2 lah kerisauan aku memandangkan umo dh nak meningkat naik.
apa yang perlu aku lakukan
utk menampakkan aku lebih matured + tinggi seket???

Wednesday, September 2, 2009

dear leyla

leyla,
bagiku adalah sisi lain dalam kehidupanku..

leyla,
adalah watak lain dalam diri aku yang sebenar..

leyla,
juga adalah peneman kehidupan ku..


leyla,adalah nickname aku..leyla,berlainan dengan character aku yang sebenar..leyla bebas!! bebas dari berasa hipokrit!bebas untuk berkata apa sahaja yang terlintas di fikiran ni! leyla,seorang yang tidak malu untuk berhadapan dengan sesiapa shj!leyla,seorang yang berani!mudah bergaul dengan org!leyla juga adalah sisi lain dari kehidupan ku yang sebenar.. kehidupan serta watak leyla berlainan dengan diri aku yang sebenar!Diriku yang sebenar adalah seorang yang kelihatan seperti nerd!aku tidaklah pandai bergaul dengan org dan aku juga pemalu orgnya..cuma,apabila aku berada di kalangan rakan2 ku shj aku mudah bising serta becok berceloteh!aku peramah bila bersama rakan2 ku!tetapi, aku pendiam dan pemalu bila bergaul dengan rakan baru dan lelaki!aku becok bila,bersama rakan di YM..biarlah..leyla ini begini!leyla yang berbeza dengan diri aku yang sebenar!!aku merasa bebas begini..


aku bebas begini..



photography Pictures, Images and Photos



salah aku!



0ke!skg ni dm mood study..lesson dari exam hari tu yang punyalah teruk nak mamp0s! smpai aku kena tegur dgn cikgu kat dlm kelas sbb rsult aku yang giler teruk xpecially bm..masuk form 6 ni bapak menyampah benar ngn subjek bm.!dulu bukan main rajin kalau bab nak menulis karangan bm..skg ni hampeh!menyampah gila kat subjek bm and sekarang syg gila kat subjek sejarah sekarang ni!ahaha..start skolah,bdk2 lower six skg ni tengah sibuk dengan english drama, pemilihan pengawas serta pencalonan majlis perwakilan pelajar[MPP].realitinya,aku tak terlibat langsung dengan pengawas or MPP..tak minat aku utk mlibatkn diri!just jadi pengikut tu b0lela!

Bulan ramadhan ni brjalan spt biasa seperti juga,bagi tahun2 lepas..cuma,kadar emosi diri agak terganggu!0le kerana,ada mistake yang aku lakukan dn aku tak tahu macam mana nak say sory pada seorang cikgu ni!aku tahu aku salah sbb tak jalankan tugas yang cikgu tu beri dgn baik..aku suka tangguh2 kerja!s0ry2!skg ni dlm kepala otak aku memikir-mikir nak create ayat mintak maaf kat cikgu tu!ad0ai....tension pulak!


aku jenis yang tak suka buat org terasa aty dengan tindakan aku..seb0leh-b0le aku akan cpt2 nak reda kan keadaan dn mintak maaf balik.wpun aku tahu kadang-kadang kesalahan itu bukan datang dari silap aku..tapi, aku cepat admit..aku yang salah..salah aku pada cikgu tu sebab tak jalankan tugas,bukan terletak pada bahu aku shj tapi,kwn aku tu pun turut sama..cuma,aku yang rasa bersalah sgt2..sbb aku tak tahu mcm reaksi cikgu tu?yelah,aku baru 4 bulan kat stad.aku tak tahu lagi mcm mana perangai cikgu tu..entah2 bila,aku nak mintak maaf nanti..cikgu tu herdik aku!tak ke malu aku nanti kena marah..kwn aku kata kat aku,"alah,wt dunno je..ko teruskan je keje ko cm bese".hello!!Mana b0le lah weyh!! aku bukan jenis yang cm tu..larri or wt tak tahu sedangkan aku yang salah!


arrghhh!