Thursday, February 27, 2014

Puisi Sangka Sangka


Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangka baik
Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk
Hakikatnya...
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya
Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka!

Baik

Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Baik,
Apa definisi yang baik terhadap pandangan seseorang? Adakah nilai baik dilihat menerusi penampilan seseorang atau nilai kebaikan seseorang itu dilihat menerusi tutur bicaranya?

Ada orang kelihatan baik penampilannya, namun saat dia mula berbicara perkataan yang buruk akan terpancul keluar dari bibirnya. Ada juga orang yang bila dia berbicara baik tutur katanya tetapi dalam hatinya penuh hasad dengki pada orang.

Bila orang berkata dan memuji
"Awak ni baik lah. Nanti awak akan dapat jodoh yang baik."

Aku hanya mampu tersenyum. Saat ni hati ni seakan merintih, jika mereka mengetahui tentang perihal diri ini pasti mereka tidak akan mahu mendekatiku. Dosa diriku hanya aku dan Allah yang tahu. Allah menutup aib diriku pada pandangan mata manusia, Namun saat hari pengakhiran itu tiba, hati ini amat berharap moga aib itu akan ditutup..

Allahhu..

Jangan engkau memandang diriku,
Jangan engkau menilai diriku,
kerana aku bukanlah seorang insan yang baik,
Baik itu..
Hanya Allah yang mengetahui.

Nilai baik seseorang hanya Allah sahaja yang tahu. Allah mengetahui segala yang berlaku, baik buruk diri ini Allah sahaja yang mengetahui. Jika suatu saat Allah mengkehendak aib diri ini dibuka maka tiadalah istilah baik pada pandangan manusia.

Jika hendak dikejar pandangan manusia, pasti dirimu akan selamanya hidup dalam kepuraan. Namun, jika dirimu ingin mengejar nilai berharga dirimu di mata Allah pasti diri ini akan beroleh pandangan.

kejar pandangan baik di mata Allah..

Monday, February 24, 2014

Istiqomah

Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah, insya'Allah.


Thursday, February 20, 2014

Rindu..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani..

setahun setengah rasanya tidak menjengah ke Blog ini. Kesibukan sebagai mahasiswa akhir membuatkan kadang aku lupa untuk menulis coretan hati di blog ini, tambahan pula, adanya facebook, twitter dan instagram membuatkan aku lebih mudah untuk menggunakan laman tersebut sebagai ruang untukku berbicara melalui hati.

Tahun 2009, aku masih ingat lagi. Tahun selepas aku mengambil keputusan peperiksaan SPM, blog ini merupakan tempat untuk aku mencoretkan apa sahaja bicara hati aku. Bila aku baca kembali post post aku yang lepas, geli hati, tersenyum sendiri. Ini aku yang dahulu. Penuh Fantasi! Ya, nabilah.. dulu kau penuh fantasi. Fantasi tentang kehidupanmu. Baca kembali ayat ayat di post aku yang dulu buat aku ketawa. Gelak sendiri. 2009 hinggalah sekarang. Alhamdulliah, Allah masih kurniakan aku penghidupan yang baik. 2014 dah sekarang. Sungguh, hidup ini penuh makna, penuh 1001 rahsia yang Allah aturkan untuk diri kita. Cantik sungguh nukilanmu Ya, ALLAH..

2014, Inshaa allah tahun ini aku akan selesaikan pengajian 3 tahun aku di Universiti Malaysia Sabah. Cepat sungguh masa berlalu! Sungguh cepat! Moga pengakhirannya nanti baik baik sahaja. Inshaa allah.. :)