Sunday, August 5, 2012

Iftar di cyber :)

bismillahirahmanirohim...

setiap kali datangnya bulan ramadhan, acap kali abah akan membawa kami sekeluarga berbuka puasa di luar, tidaklah sepanjang bulan ramadhan namun akan ada sehari dalam bulan ramadhan abah akan bawa kami sekeluarga berbuka di luar. :) Semestinya, berkumpul bersama keluarga merupakan moment yang akan kamu semua akan ingat. lebih lebih lagi aku dilahirkan dalam suasana keluarga yang besar. segalanya bagiku amat membahagiakan. Alhamdulilah ya Allah :)

abah membawa kami sekeluarga berbuka puasa di Restorant Saba di Cyberjaya. sudah pastinya bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan putrajaya dan cyberjaya Restorant Saba memang terkenal dengan masakan arab. Juadah makanan nasi arab semestinya menjadi pilihan para pelanggan. Sebelum ni, memang banyak kali dah abah bawa aku makan di Restorant Saba, namun ramadhan kali ini, merupakan pertama kali  aku berbuka di sana. masa abah bertugas sebagai penolong pengarah BPI, memang abah selalu menjamu selera di sana, jadi  restorant dan cafe cafe di sekitar cyber dan putra abah dah sedia maklum mana restorant yang best. heee...



Perjalanan dari seremban ke cyber hanyalah mengambil masa kira kira dalam 30 minit. Sampai sampai di sana ummi dah booking table untuk kami. Alhamdulliah sempat juga merasa pengalaman berbuka makanan arab. :) Namun, kali ni hanya aku, tiga beradik serta umi dan abah sahaja. kurang lagi 4 beradik. namun, takpelah aku tolong makan kan ye. heeehee..

Hidangan kali ni,ala buffet. jadi dipersilakan umat muhammad untuk menikmati hidangan makanan dengan senang lenangnya! serius, buffet dia memang menyelerakan dengan pelbagai pilihan makanan dari nasi arab, kari kepala ikan, daging kambing! macam macam lah. dan yang paling nampak meriah ialah umat manusia yang datang ke restorant saba untuk menikmati hidangan di sana. sangatlah croweded orang, sangatlah ramai dan macam macam gelagat orang aku lihat di sana.


Lihat, bagaimana hasilnya bila membawa 3 beradik berbuka di sana. sudah tentu adik belon akan menikmati pelbagai juadah makanan untuk dimakan. :) Nahhh, kau gembira aty haa dah dapat pilih makan.


Ini fadhil, adik yang keenam.:) Moto hidup "hidup untuk makan, jadi habiskan makanan. dilarang membazir "
Hahaha. Inilah adik aku yang sangatlah kuat makan.Namun, sangatlah genius! untunglah balik sekolah je mengadap game tapi time exam dapat semua A! mungkin, dengan bantuan aura makan, dapat melancarkan otak kot!hehehe.


si adik keding, yang akan cuba semua jenis makanan ketika berbuka. 
"Fahmi nak puasa penuh lagi tahun ni!" 
"boleh boleh nanti bilah belanja fahmi PSP ea?"
"Yeah!"
"Tapi, fahmi guna duit raya fahmi lah nanti, bilah boleh bagi RM100 je"
heeeee..




Alhamdulilah
:)

kadang aku rasa, dah tiba masanya.. tiba masanya untuk aku sedar dari lena kehidupan ini. hidup ini hanya kerana Allah. Ya Allah, aku mohon padamu moga engkau tetapkan hatiku, imanku agar aku tetap utuh dijalanMU. menjadi seorang muslim dengan lebih baik demi diri dan demi Allah. Insyallah. 

sebelum pergi ke cyber, tergerak hati aku untuk mencuba tudung labuh along. bila lihat dalam cermin, perasaan yang sukar untuk aku ungkapkan. Dengan, segala apa yang telah terjadi dalam kehidupan aku tentang sahabat, masalah hati dan segalanya. aku rasa dah tiba masanya.

Insyallah..