Thursday, February 24, 2011

Alhamdulliah.:)

Alhamdulliah, syukur sgt!

Sebenarnya sudah 3 hari result stpm aku keluar. cume tiada masa je nak coretkan di blog ini. Alhamdulliah, aku bersyukur sgt, result aku okey, lepas jugak pointer 3.0 dan aku lulus penuh.

Sebelum pergi ambik result, Hati ini. Ya, allah engkau sahajalah yang tahu betapa hati ini gementar. Betapa aku memikirkan jika bagaimana result aku teruk, macam2 lagi perkara bermain di fikiran aku. Nervous, segalanya berlegar dalam mindaku. Sebelum pergi sekolah, sempat jugak call piqah,sesi luahan hati dan nanges-nanges kejap dengan piqah sebab takut nak ambik result.

Disebabkan terlalu nervous nak ambik result, akhirnya lambat dtg skola nak ambik result, dalam pukul 1.30 baru terhegeh-hegeh nak datang skolah. Dalam kereta, dahla ambik masa sesi sendu-sendan dengan umi sebab takut result teruk, lama jugak. Umi kata apa2 keputusan terima dengan hati terbuka. Tawakal kpd ALLAH. Umi sempat pesan kat aku bahwa yakin dengan ALLAH, Dia maha adil lagi kasih pada umatnya. Lepas berbual dengan umi hati aku jadi tenang balik. Begitulah penangan seorang ibu.

Dalam hati aku niatkan:

" Ya, allah berilah kejayaan kepadaku setimpal dengan usahaku. Sesungguhnya, biarlah kejayaan ini mampu membahagiakan umiku. Aku hanya ini membuat umiku bahagia dengan kejayaanku"



Aku melangkah masuk ke sekolah dengan niat semoga keputusan yang aku dapat pada hari ini akan mampu membahagiakan umiku. sampai saja aku ke sekolah aku lihat fara, fatin, pnutz dan rakanku yang lain melambaikan tangan kepadaku. Mereka semua suruh aku ambik result cepat2. Dalam hati perasaan cuak, takut segalanya ada. Aku sempat tanya fara, berapa keputusan stpm dia. Fara kata dia dapat 2A. Aku ucap tahniah kpd fara, dalam hati bergolak dengan perasaan gementar. Fara dapat 2A, bagaimana dengan Aku?



Sejak kecil, aku bukanlah seorang pelajar yang pandai apatah lagi seorang pelajar yang sering excellent dalam pelajaran. Mungkin aku boleh dikategorikan sebagai pelajar yang sederhana. Keputusan peperiksaan aku sering suam-suam kuku. Aku tidak pernah dapat keputusan segah . Namun, aku percaya jika ada usaha, pasti datang kejayaan. Namun perlu diiringi dengan Doa dan Tawakal. Keputusan exam aku sejak dari UPSR, PMR dan SPM hanyalah keputusan atas pagar.
Jika, hendak dibandingkan keputusan exam aku dengan adik-beradikku, jauh perbezaannya. Aku, kadang-kala sudah lali dengan perbandingan orang tentang diriku.



Dan, pada 21 Feb ini aku benar-benar bersyukur. Walaupun, result aku tidaklah cemerlang, masih ditahap baik. Namun, keputusan STPM ini mampu melayakkan aku mendapat tempat di universiti. Alhamdulliah. :)



Pengajian Am: B+
Sejarah: B
Kesusasteraan Melayu :B
Bahasa Melayu :B-

Pointer CGPA: 3.00



Ramai ucap Tahniah padaku. Rasa bangga sekejap. Alhamdulliah, Allah kurniakan pengalaman dapat kejayaan ini kepadaku. Sekurang-kurangnya aku merasa juga pengalaman dapat keputusan baik dalam peperiksaan besar begini.


Terima kasih sgt2 kepada korang, rakan study aku! Insyallah, ada peluang kita jumpa di universiti.Congrats, sgt2 kepada kawan2 aku. Gembira tengok korang dapat result yang hebat. Kpd BFFku, Congrats! kejayaan 3A 1B itu memang berhak awak miliki.! Tahniah kepada kawan2 yang terhebat!

Fatin: 2B 2C
Pntuz: 2A 1B 1C
Famira: 2A 2B
Hidayah : 2A 2C
Syaqinah: 1A 2B 1C
Arifah: 1B 3C
Jasmin: 1A 2B 1C
Syafiqah : 3A 1B


Awak semua Terhebat! Insyallah, kita jumpa di universiti!



p/s: Dulu, berangan nak masuk UKM. Harapnya, angan-angan ini mampu dikabulkan menjadi kenyataan. :)



1 comment:

milimilo said...

wah tahniah ye. may u have a bright future..

anyway thanks bagitau pasal kewujudan youtubers si amri tu. he's awesome. baru je tau. ;)