Friday, August 3, 2012

kadang aku harap biarlah ianya begini. :)

13 Ramadhan kali ni, classmate form six aku adakan gathering iftar bersama-sama! Yeah! The best moment apabila bersama schoolmate form six aku. Di antara zaman persekolahan aku, aku paling suka dan hargai zaman form six aku! sebab kadang aku merasakan bahawa titik permulaan form six segalanya bermula. berkenalan dengan mereka yang sangat awesome! aku menjejakkan kaki ke menara gading!

dulu, waktu result spm aku keluar, banyak tawaran yang aku dapat except tawaran upu. Aku abaikan tawaran tue semua. dengan harapan hendak masuk um! serius, dulu aku amatlah berkehendak mahu masuk um. Namun, akhirnya ums juga yang menjadi rezeki aku untuk melanjutkan pelajaran.

berkenalan dan menimba pengalaman bersama rakan form six merupakan pengalaman zaman persekolahan yang tak akan aku lupakan. tiada langsung perasaan iri hati mahu pun segala perasaan negetif, segalanya bagiku positif. berbeza dengan rakan di universiti yang boleh aku anggap segalanya bertopeng! huhuhu. Yang paling dibanggakan ialah separuh dari rakan kelas aku semuanya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Satu pencapaian dalam persahabatan kan :)

okeyla, berbalik pada kisah gathering iftar bersama rakan form six nea. hehehe. sebenarnya, jika mengikut perancangan awal kteorang nak pegi berbuka puasa kat restorant satay RnK kat taman est. tapi, sobab si abob tue terlewat nak wt tempahan kenelah tergopoh gopoh cari tempat yang lain sebab kat sana dah penuh.  so, lastly admin pnuts decide berbuka kat Chicken rice shop je kat Seremban parade. Its okey, as long as kteorang dapat gathering sama :)

memandangkan sudah lama kot tak berjumpa, maka dalam pertemuan kali ini. bertuka cerita! membahan orang! mengenakan orang! merupakan perkara yang wajib dilakukan! hahahha.


the dish-Alhamdulliah :)


menunggu waktu berbuka. Wajib bagi para gadis snap picture dulu! Hahhahaha.


dah lama tak jumpe ijat. aku rasa last aku jmpe dia masa ambik result kat sekolah 2 tahun lepas! lame gler kan lah tak jmpe dia. setahu aku dia sambung belajar kat melaka. dalam masa borak borak dengan diorang semua.. rupanya semua tempoh pengajian 4 tahun! aku je yang 3 tahun! nampaknya aku pakai topi dululah! diorang semua wajib pegi konvo aku! hahahha. nanti aku belikan ticket.






setelah selesai berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib! Aktiviti bermain bowling oleh para gadis.
kteorang sibuk main bowling kat atas, yang dak lelaki g mengopi kek kodai!





okey fine, dak atin menang bowling kali nea! hahha.puaslah dia mengajar pqah main bowling, bab membahan  memang kewajipan kalau jumpe. nasib baik takdelah ramai sangat orang just biasa2 je.. kteorang yang paling riuh!


bler aku tengok gambar yang baru disnap nea. just one word je nak cakap 
"adik, darjah berape?" hahaha.
okey, fine aku tahu aku kecik kan.



selepas penat main bowling, mime ajak ber-window shopping kat bazar ampangan! cari barang raya katanya. hahha. tapi, takdela shooping sangat. berjalan dan makan makan je lebih! haha. 
aku sempat beli 2 helai tudung bawal 2 tone. sehelai RM5 je! Ha, tak ke murah yang oi! kat jalan tar dapatla tapi, kadang harga same je. kurang pn sikit je! terharu jugak bler budak lelaki dah jadi cm bodyguard kteorang dah. menjaga anak anak gadis yang sampai rumah pada pukul 12 pagi! Ha, tak ke mengamuk emak emak bler anak gadis balik lewat. Tapi, jangan risau! ada anak teruna yang jadi bodyguard! hahha.

hopefully, raya nanti kte dapat kumpul sama sama! gelak sama sama dan segalanya. Ini moment yang aku suka bila balik seremban. kat sabah aku takde kawan yang macam mereka. bler bahan bahan segalanya akan anggap bende tue yang merapatkan. bukan seperti di sana! bahan skit nak merajuk.. malaslah nak layan orang cmtue. huhuhu. satu lagi, aku rindu sangat nak dengar kteorang cakap negeri. adoi, memang serius aku rindu! kat sana tak kan dapat nak dngar orang cakap negeri. memangla aku tak berapa pandai nak cakap negeri. tapi, aku suka sebab memang aku dilahirkan dengan mereka di sekeliling yang cakap negeri. serius! aku rindu. kadang aku harap sangat moga segalanya begini...
biarlah ianya begini...

:)


1 comment:

shafiqabdshukor said...

huhuhuhu..
memang seronok dapat jumpa kawan2 lama..