Monday, August 13, 2012

setaman :)

Assalamualaikum..

"Setaman"

bagi entri kali ini aku ingin berkata tentang kawan setaman. :) kawan setaman yang aku maksudkan ialah kawan satu kawasan perumahan. Aku yakin dan pasti , ramai di antara kita mempunyai kenalan atau rakan setaman. Sejak aku kecil, aku dibesarkan dalam kawasan perumahan. Kawasan perumahan aku agak sunyi sikit, mungkin kerna kebanyakan penduduk kawasan perumahan aku merupakan golongan yang bekerja. Situasi seperti macik macik berkumpul ketika waktu petang jarang dilihat. Suasana akan meriah dengan penduduk hanyalah apabila anak anak bermain main di kawasan perumahan, budak budak menunggang basikal pada waktu petang dan bermain bola di hadapan rumah. :) 

kalau nak dilihat, pada arus permodenan dunia masa kini. budak zaman sekarang lebih mencabar berbanding   zaman aku dulu, dengan kecanggihan teknologi, ipad..psp,iphone bagai ! budak budak ni dilihat suka menghabiskan waktu bermain dengan benda alah ni semua berbanding keluar bermain dengan rakan rakan.Waktu aku kecik kecik dulu, main basikal depan rumah, main teng teng, main getah, main baling selipar.. macam macam lah ! janji bila petang aku dan adik beradikku akan keluar rumah bermain main di halaman rumah :) tapi, bila dah besar ni memang tak lah nak terkinja kinja kat depan rumah. hehhe..

dulu, waktu aku kecik aku memang lasak ! ape bende yang aku tak penah buat ! berlari sampai jatuh luka, mengendeng kat rumah jiran sampai ummi cari aku pun tak jumpe, sorok sorok kuar rumah sebab nak pegi main kat taman, naik basikal dengan kawan sampai kat taman sebelah ! adoi, macam macam lah..kalau diingat balik memang gelak sorang sorang teringat zaman marin aku! hahaha.

Adik beradik aku yang lain tidaklah lasak seperti aku. aku je yang belagak seperti budak yang gagah waktu kecik. hehehe. Tapi, bila dah besar ni kalau jumpe budak taman aku, aku macam jadi segan pulak ! yelahh, mane tak nyer masing masing dah besar, dah tak bertegur macam masa kecik kecik dulu. hehehe.




Tapi, bila dah besar ni aku rindu zaman kanak kanak aku. kalau aku ada anak nanti, aku mahu anak aku merasa zaman kanak kanak nya dengan segembira nya ! sebab zaman kanak kanak merupakan zaman yang paling ceria ! bercakap tentang zaman kanak kanak dengan rakan setaman ni, Aku mempunyai rakan setaman yang cukup rapat dan baik denganku iaitu Nadzierah dan Hairee! Yeah, mereka kawan setaman yang cukup awesome ! disebabkan kitaorang satu sekolah rendah dan sekolah menengah bersama, jadi hubungan kawan setaman tue memang baik.

 Dulu, masa aku sekolah selalu jugak balik sekolah jalan kaki dengan hairee and nad. Kat sekolah, mungkin kitaorang tak lah rapat sangat ! sebab kitaorang tak  satu class. cuma waktu aku form 4 aku sempat sekelas dengan hairee sekejap. kadang, ramai yang tak tahu kitaorang satu taman. kat sekolah jarang jugak bertegur. Tapi, bila kat kawasan perumahan lain pulak jadinya. hehehe. 

waktu tamat form 5 aku tidak ditawarkan ke mana mana ipta, jadi form 6 menjadi pilihan aku untuk menyambung pelajaran. Hairee pulak sambung study di uitm terengganu, dan nad di kptm bangi. jadi, sejak dari tue peluang untuk berjumpa dan bercerita agak kurang bagi kitaorang. kalau cuti pun, dapat cuti tak sama. 

so, kali ni disebabkan dah lama tak berjumpa. Hairee ajak aku dan nad berbuka puasa kat rumah dia. bila dah lama tak berjumpa, Ha! ambek kau lepak kat rumah dia sampai pukul 10 mlm! hahaha. ibu hairee memang sporting. :) dah tolong tolong ibu hairee kat dapur,dan mempamerkan bakat di dapur kteorang berbuka puasa  bersama family hairee.

bercerita dan wat kedai kopi kat rumah hairee. Macam macam lah cerita keluar. dari zaman kteorang sekolah rendah sampailah zaman sekolah menengah. Hairee, duk ingatkan aku tentang beberapa peristiwa zaman kteorang kecik kecik dulu. Tapi, aku tak tahu kenapa peristiwa tue macam let go...aku dah hilang ingatan ke ape? langsung tak ingat. Hairee kata dulu masa kecik kecik aku penah marah marah hairee depan semua orang! Okey, itu aku ke?? Hahahaha.

serius ! aku tak ingat lah dodol!



aku cuba membayangkan kalau aku, nad, dan kau dah berkeluarga nanti. Anak kau kene kawan dengan anak aku jugak ek?hahaha. Tapi, for sure aku taknak anak aku nakal macam kau la kawan!



macam macam cerita yang keluar. dari cerita diorang kata aku ni garang sangat ! aku pulak tak tahu manelah datang daya ingatan aku nea! dah kene sindrom ke ape. aku langsung tak ingat cerita cerita hairee waktu aku sekolah rendah dulu, Kalo nak diikutkan aku kenal hairee dulu berbanding nad. banyak cerita sekolah rendah aku yang hairee tahu! ha, kau jangan nak bocorkan cerita sekolah rendah aku pulak! Hahaha.

kawan yang kenal kita sejak dari zaman kita kecik merupakan kawan yang paling faham tentang siapa kita. bukan kawan yang baru sebulan kenal dah pandai pandai nak judged kita macam macam, umpama dialah yang paling sempurna. huhuhuhu.. bila jumpa kawan masa kecik kecik nea, tetiba aku rasa macam "Oh! dah besar dah kau ni nabilah " memang umur aku dah meningkat dah pun. bila bila masa Allah boleh ambik nyawa aku kan. :) as a muslim, lets be a better person ! :) Insyallah. 

kawan lagi penting, dari special boyfie anda anda sekalian. Terima kasih :)


3 comments:

Awie Omar said...

Salam Ramadhan dari awieomar.blogspot. Baru follow sini. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai game top "BLOGGER" musim 3. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1 & 2 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Follow blog "Awie Omar" (bagi yang belum, harap sudi follow ) dan komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Ganjaran wang tunai akan diberikan kepada johan.

shafiqabdshukor said...

betul2..
bnyk kenangan time kecik2 dulu..

nabielah said...

shafiq: yups, tats rite :) zaman kanak kanak akan paling banyak diingati.