Thursday, September 10, 2009

allah lebih sayangkanmu.

"allah lebih sayang kan balqis"
tidurlah adikku..tidurlah,kerna syurga menantimu..
al-fatihah.

bismillahhirahmaniro'him...


alhamdulliah ya allah,aku masih lagi dihidupkan di muka bumi ini..aku bersyukur atas nikmatmu..
semalam tanggal 09.09.09.mungkin ada yang menjadikan tarikh ini sebagai tarikh special dan sbgainya..
tetapi,tidak bagiku.semalam,sepupuku balqis pergi mengadap ilahi buat selamanya..


sayu hatiku, semalam pada ja 2.40 ummi call aku masa aku ka
t sekolah.ummi beritahu balqis meninggal dunia kerna terjatuh.balqis sepupu aku.umur arwah kecil lagi..baru 3 tahun..tapi,setiap kali aku balik kampung dan pergi rumah mak teh.[ummu balqis]aku mesti main2 dgn balqis..aku dukung dia..dan dia spt biasa akn merengek dan tersenyum kalau aku dukung dia..kali terakhir aku jumpa adik balqis waktu ahli keluarga abah hantar pak andak ke airport.itulah rasanya kali terakhir aku sempat manja2 dengan adik balqis..arwah adik balqis seorang yang pendiam dan takut2 je kalau aku nak dukung dia.tapi,lepas dah lama2 aku dukung dan main2 dgn dia,,arwah dh okey dh dengan aku.dia akan tergelak,ketawa dan tersenyum.:)



sayu hatiku semalam melihatkan mak teh yang tak bermaya,yelah arwah jatuh masa tu mak teh tengah solat.kesian,aku tengok mak teh,pakteh zafirah,naim dan adik bradik lain.
mreka redha dan pasrah menerima ketentuan ilahi.sekelip mata sahaja arwah pergi begitu sahaja.
mak teh memang seorang yang tabah.anak2 mak teh semuanya kecik2 lagi.yang paling sulung naim,baru darjah 6.dan tengah hadapi upsr.baru shj bal
ik dari sek terima berita adik meninggal..



waktu aku tiba di rumah mak teh aku lihat zafirah duduk shj menangis di biliknya.aku kata kat zafirah yang "zafirah kakak yang baik,biarlah adik pergi sbb allah lebih sygkan adik." aku peluk zafirah.
Naufal,pula sedang duduk shj di tangga tempat arwah jatuh,aku panggil naufal duduk di sisiku.tapi,dia taknak,lalu aku dukung naufal.aku tanya naufal nak makan tak?naufal hanya nak mandi.aku mandikan naufal
naufal,adik yang ke-6.baru je 5 tahun.dan ketika kejadian,arwah adik balqis jatuh betol2 di hadapan naufal.
mungkin dia masih terkejut ketika tu naufal tengah main2 dengan arwah adik balqis.
yela,hari ni naufal main2 seronok2 dengan adik.esok,tengok2 adik dah takde.
pemergian arwah adik balqis mungkin banyak hikmahnya.
segala yang allah tentukan untuk ki
ta itulah yang terbaik buat kita.
takziah buat keluarga mak teh.



Suatu yang membuatkan aku sedar akan dunia.Dunia ni milik Allah..
segala yang kita kecapi pada hari ni allah yang pinjamkan sebentar kepada kita dan bila-bila masa sahaja allah boleh ambil kembali nikmat yang allah pinjamkan kepada kita.
selama ni kalau aku balik ke kampung mesti akan ada ora
ng baru,sehinggakan aku tak tahu ni anak siapa,balik2 kampung je dah ada baby kat kampung.
ahli keluarga bertambah dan sekarang bila dah kehilangan salah seorang ahli keluarga
benar2 terasa kehilangan.
sejak akhir2 ni aku menerima berita org meninggal dunia.
bulan lepas,tok busu meninggal teringat lagi waktu aku kecik2 aku selalu main kat rumah tok busu.

entahla tetiba rasa macam dah nak sampai seru.




segala yang aku miliki bukan selamanya akan aku miliki.bersyukurlah leyla.bersyukur,.: )
bersykurlah atas nikmat yang allah berikan.


leyla.: